22 November 2010

BANGGA MENJADI ANAK MELAKA

Malam tadi nenek kebayan meronda-ronda di sekitar Bandar Melaka bersama suami.
Walaupun kami tinggal kat Melaka, tapi nenek kebayan jarang keluar berjalan-jalan. 
Seronoknya, malam ini nenek kebayan dapat melihat panaroma Negeri Melaka di waktu malam.
Selama ini nenek kebayan sibuk dengan kerja. 
Walaupun besok nenek kebayan terpaksa ke sekolah kerana besok hari pertama pelajar di sekolah nenek kebayan akan menduduki peperiksaan SPM & STPM.
Sepanjang perjalanan kami di sekitar Bandar Melaka, nenek kebayan merasa teruja dengan pemandangan di waktu malam terutama di sekitar Kg Mortem yang banyak menempatkan penduduk Negeri Melaka keturunan  Portugis.
Apa yang membanggakan nenek kebayan ialah kebersihan Negeri Melaka. Sudah semua negeri di Malaysia telah nenek kebayan lawati, nenek kebayan dapati Negeri Melaka adalah negeri yang paling bersih. Bukan nenek kebayan nak puji negeri sendiri. Tetapi ini adalah kenyataan. Nenek kebayan bangga dengan sikap rakyat Melaka yang prihatin dengan kebersihan. Kesedaran itu datang sendiri dari rakyat Melaka tanpa paksaan. 
Jadi tidak salahlah kalau Negeri Melaka di isytiharkan sebagai Negeri Maju 2010 dan Negeri BandarTeknologi Hijau.
Syabas kepada semua rakyat negeri Melaka!

21 November 2010

Harapan

Cuti sekolah bermula lagi. Kali ni cuti panjang. Walaupun cuti kena pergi kerja juga. Lagipun hari Selasa ini, pelajar di sekolah nenek kebayan akan menduduki peperiksaan SPM & STPM. 
Besok nenek kebayan akan ke sekolah sebab nak siapkan kerja yang masih belum siap. Laporan, Perancangan Strategik, Takwim dan banyak lagi. Masa sekolah hari tu, tak sempat nak siap sebab terlalu banyak program yang perlu dibuat.
Hari ini, nenek kebayan hantar anak ke UNISEL. Pendaftaran semester baru. Anak nenek kebayan yang sulung pun balik ke UiTM Puncak Perdana. Sebab minggu depan, beliau nak ambil jubah untuk majlis konvokesyen. Alhamdullilah, akhirnya beliau dapat juga menghabiskan pengajian di peringkat Ijazah Pertama. 
Sekarang ini, beliau sambung ambil sarjana pula. Nenek kebayan berharap, kejayaan anak nenek kebayan yang sulung ini akan menjadi contoh kepada anak-anak nenek kebayan yang lain.
Walaupun selama ini nenek kebayan dan suami terpaksa bergolok bergadai untuk menyediakan wang pembelajarannya, tetapi kami tak pernah terasa itu satu kesusahan pada kami. Malahan kami berasa amat gembira dan berbangga dengan apa yang telah kami berikan kepada anak-anak kami.  

07 November 2010

KESABARAN

Ketika ini, nenek kebayan berada di dewan sekolah sambil memantau pelajar Tingkatan 3 mengikuti aktiviti program selepas SPM iaitu Program Sepagi Bersama Utusan. Walaupun nenek kebayan sedang menulis blog ini, nenek kebayan masih mendengar apa yang diperkatakan wakil wartawan yang sedang berucap. Harap-harap pelajar nenek kebayan pun dapat banyak pengetahuan dari penceramah hari ini. Nenek kebayan nampak mereka ini agak gelisah kerana cuaca di dalam dewan ini agak panas. Macam cacing kepanasan. Kesian mereka. Nenek kebayan pun tak tahan berada didalam dewan ini dalam jangka masa yang lama.

Apa nak buat, tak ada tempat yang bersesuaian untuk menempatkan mereka. Inilah juga masalah nenek kebayan dan rakan-rakan nenek kebayan Kak Aziah, Mano dan Cikgu Yusof. Di sinilah kami ditempatkan sementara menunggu tempat baru kami yang entah bila akan siap.Macam menunggu buah tak gugur. Stress kami dibuatnya.Semasa nenek kebayan nak masuk dewan tadi, nenek kebayan terdengar seorang pelajar merungut dengan rakannya, "Jauh lagi dah terasa bahang panasnya." Lalu nenek kebayan mencelah, "Oklah tu, macam masuk SPA".

Tak tahulah berapa lama pelajar-pelajar boleh bertahan berada di dalam dewan ini. Apa-apa pun bersabarlah, 2 minggu lagi cuti sekolah dan program akan tamat.

24 September 2010

TERIMAKASIH BUAT SEMUA

Terima kasih buat semua yang mengingati dan mengucapkan Selamat Harilahir kepada nenek kebayan.
Sudah bertambah setahun umur nenek kebayan bermakna nenek kebayan dah semakin tua.
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan dan memberi hidayahNya buat nenek kebayan dan keluarga. Dengan bertambahnya umur nenek kebayan ini, juga diharapkan keimanan dan ketakwaan nenek kebayan juga akan bertambah.

20 September 2010

SELAMAT BERJAYA

Hari ini Alysha menduduki peperiksaan UPSR . 
Doa mak buat Alysha, buat yang terbaik.
Mak doakan semoga Alysha berjaya dengan cemerlang. 
Keep in mind that we always be with you 
and 
We love you so much.

Dari mak, ayah, kak long, kak ngah dan  kak chik.

19 September 2010

DOA BUAT ANAKKU

Dua hari lagi semua pelajar Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR. 
Hati nenek kebayan terasa berdebar sebab anak nenek kebayan juga akan menghadapi peperiksaan tersebut.
 Nenek kebayan berharap beliau dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Begitulah perasaan nenek kebayan setiap kali anak nenek kebayan hendak mengambil peperiksaan. 


Di sini nenek kebayan ingin mengucapkan 'Selamat Berjaya' kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. 
Harapan nenek kebayan kepada semua pembaca blog  agar turut sama-sama mendoakan kejayaan untuk anak nenek kebayan.

NUR ALYSHA

12 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Sudah lama nenek kebayan tak menulis dalam blog. Pagi ini nenek kebayan ambil masa sekejap untuk menulis sambil menunggu tetamu datang beraya kat rumah. Hari ini masuk hari ke 4 hari raya. 
Suasana hari raya masih terasa. Lepas ni nenek kebayan nak hantar anak nenek kebayan yang bongsu ke rumah kawannya untuk beraya.
Kalau zaman dolu-dolu biasanya anak-anak beraya bersama kawan-kawan tanpa perhatian dari ibubapa mereka tapi hari ni nenek kebayan rasa eloklah kalau ibubapa melihat pergerakan anak-anak.
Bukan nak mengawal mereka tetapi memandangkan zaman sekarang, pelbagai jenayah yang berlaku di sekeliling kita, amat menakutkan.
Dalam sekelip mata anak-anak boleh hilang entah ke mana.....diculik, dirogol dan sebagainya. Tak taulah nenek kebayan apa nak jadi manusia zaman sekarang.
Sanggup lakukan apa saja untuk kepentingan diri mereka tanpa menghirau perbuatan mereka 
salah atau tidak. 
Tidak ada perikemanusiaan langsung.
Berbalik hari raya tahun ini, nenek kebayan rasa banyak kekurangannya. Sebab tahun ini, bukan sahaja nenek kebayan tidak dapat beraya dengan ibubapa nenek kebayan tetapi juga mak mertua nenek kebayan. Nenek kebayan terasa amat sangat dengan kehilangan mereka semua. 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua. Amin.....
Di sini nenek kebayan juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua kenalan atau siapa saja yang membaca blog nenek kebayan ini.


16 August 2010

Terimakasih kepada semua

Beberapa minggu ni, nenek kebayan rasa kurang sihat. Kaki kiri nenek kebayan terasa sakit terutama bila berjalan. Rakan-rakan dan anak-anak nenek kebayan nasihatkan nenek kebayan supaya segera mendapatkan rawatan. Ntah kenapa nenek kebayan ni susah sangat nak ke hospital.

Malam tadi kaki ni asyik berdenyut-denyut. So nenek kebayan ambil keputusan ikut aje nasihat mereka.
Pagi tadi nenek kebayan call boss, nenek tak dapat pegi keje. 

Setelah diperiksa oleh HA, rupa-rupa jari nenek kebayan ada sedikit retak dan di tumit pula ada ketuat yang dah keras. Apa lagi jari nenek kebayan diikat supaya tidak bergerak dan ketuat tersebut di potong. Alhamdullilah semuanya selamat.

Terimakasih kepada semua yang sentiasa nasihatkan nenek kebayan. Juga kepada nurse dan HA di hospital Alor Gajah kerana layanan yang baik untuk nenek kebayan.

04 August 2010

DOA DAN HARAPAN

Malam tadi nenek kebayan terima sms dari seorang pelajar. Pelajar ini telah berjaya mendapat tempat di salah sebuah universiti di India dalam bidang perubatan.Pelajar ini lepasan matrikulasi dan sedang belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Trengganu.

SMSnya berbunyi: "Insyallah saya tidak akan sesekali melupai jasa mak saya dan juga cikgu sebab banyak tolong saya. Saya dah tak ada ayah 13 tahun dah...apapun saya akan buat yang terbaik demi agama, diri saya dan adik beradik saya dan semua yang saya sayangi. Masa salam dengan mak saya tadi pun saya dah sebak....dan saya tahu saya kena jugak jadi seorang doktor."

Bila nenek kebayan baca mesej tu, nenek kebayan terasa begitu sebak dan teruja. Suami nenek kebayan yang berada di sebelah pun termenung jauh....  Alang gembiranya nenek kebayan kerana walaupun pertolongan kami tak seberapa tetapi nenek kebayan bersyukur kerana dapat membantu dan mengembirakan seorang insan yang begitu mengharapkan peluang ini.

Untuk Mohamad Azhar, cikgu dan keluarga mendoakan semoga semua perkara yang diuruskan sebelum berangkat ke India akan berjalan dengan lancar. Belajar rajin-rajin, jangan lupa ibu di kampung. Bila dah dapat gelaran doktor nanti jangan lupa cikgu kat Melaka. Mungkin Azhar tak kenal cikgu, tapi cikgu sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaan Azhar dan rakan-rakan yang terpilih meneruskan pengajian perubatan di Belgamm.

14 July 2010

Serba Boleh

Hari ini sekolah nenek kebayan sibuk betul.
Selain mengajar, guru-guru terpaksa menyiapkan persiapan untuk majlis Hi-Tea pada hari Sabtu ini. Di padang guru-guru dan pekerja sedang memasang khemah. Di bilik guru pula, guru-guru sibuk menyiapkan bungga manggar.Di dewan pula pelajar-pelajar sibuk membuat persiapan terakhir untuk majlis ini.
Nenek kebayan dan rakan-rakan kaunselor lain  pun pening juga sebab nak uruskan IPTS yang akan membuka booth masing-masing pada hari tu.,
Huh, macam nak buat kerja kahwin, semua orang sibuk. Itulah tugas seorang guru, semua kerja terpaksa dilakukan.



Seorang guru boleh pegang berbagai-bagai jawatan.
Guru boleh jadi sebagai tukang kebun bila ada gotong-royong perdana, boleh juga jadi sebagai seorang kerani bila nak buat kertas kerja atau nak pungut yuran dan pendaftaran pelajar serta menaip surat kepada ibubapa,  pencegah maksiat bila ada pelajar berkhalwat, jaga/security guard bila di waktu pagi dan waktu tengahari semasa pelajar nak keluar dan masuk ke dalam  kawasan sekolah, polis bila menangkap pelajar yang menghisap rokok atau lari dari sekolah, doktor bila merawat pelajar sakit, jadi lawyer bila parents soal, majistret bila pelajar gaduh, nujum bila pelajar minta nasihat atau kehilangan barang-barang.



 
Adakah anda terfikir jawatan manakah dalam dunia ini yang boleh buat macam cikgu???



12 July 2010

My daughters

 My daughters are precious gift from Allah.
They are everything to me.
And I would do anything to protect them
They grow up so quickly.
I want my children to grow up to be responsible adults. 
I want them to learn to feel, think, and act with respect
for themselves and for other people.
My daughters have always had  a closer relationship with me. 
They will listen to my advice most of the time.
Now, my daughters had  boyfriends and  busy social life with her buddies from universities.
 I understand and try to accept this.
Their lives are blossoming and it is only natural, very natural for them to want to socialise with their friends.



K

02 July 2010

Sembang Petang

Ketika ini nenek kebayan berada di asrama anak nenek kebayan. Sambil mereka berbual-bual sesama mereka, nenek kebayan ambil peluang menulis blog ini.
Nenek kebayan rasa, dah lama nenek kebayan tak menulis. 
Dalam minggu ni, nenek kebayan agak sibuk sikit dengan kerja di sekolah. Balik rumah dah letih pula, So I need to take a rest. 
Tadi pun balik je dari sekolah terus sediakan masakan untuk di bawa ke sini. Itulah perasaan seorang ibu, apa-apa pun mesti teringat kat anak-anak. 
Lepas ni rumah nenek kebayan tentu sunyi.
Hanya tinggal nenek kebayan, suami dan Alysha anak ke 4 nenek kebayan.

Nenek kebayan sentiasa menunggu musim cuti semester. 
Masa nilah nenek kebayan dapat bersama-sama dengan kesemua anak-anak. 
Tapi walau bagaimanapun, nenek kebayan terpaksa akur dengan keadaan. 
Mereka pun pergi kerana belajar. 
Nenek kebayan sentiasa doakan mereka sentiasa sihat, selamat dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran mereka.


We should know that education is important.  It equips us all that is needed to make our dream come true. It fetches better prospects in career and growth. 
It can also build individual  a confidence to take decisions, to face the life and to accept sucesses and failures.





28 June 2010

You are the love of my life


Today I'm not feeling well. Ntah kenapa.
Within this week, badan nenek kebayan sentiasa aje rasa tak sihat.
 Nenek kebayan teringat arwah kedua ibubapa nenek kebayan .
Selalunya kalau nenek kebayan tak sihat,
mereka akan datang menjenguk dan bertanya khabar.
Tapi bila mereka tiada, terasa sebak pula, dan kerinduan pada kedua-duanya amat terasa.
Yang Pergi Takkan Kembali Lagi. Yang tinggal hanyalah kenangan..
I really love and miss my parents a lot... and I want to do a lot for them
 but now they had passed away. 
They're always in my memory..
Oleh itu anak-anak ingin nenek kebayan berpesan, semasa ibubapa korang masih hidup, sayangilah mereka, dengar kata mereka. Korang akan rasa kehilangan segala-galanya jika mak ayah korang dah tiada lagi. Masa itulah korang akan rasa sungguh menyesal.

Susah senang korang hanya mak dan ayah korang  saja yang faham dan sama-sama merasainya and remember this,your parents take care of you when you're a little baby and bring you up to make you what you are.  I'll tell you one thing if you are nice  and take care of them even when they get  old ,you'll have a lot of satisfaction and a fabulous life .Don't be rude and disobedient to your parents. You will face a lot of problems and failures in your life. 






26 June 2010

Bertemu Kawan Lama

Petang tadi, nenek kebayan rasa gembira dapat panggilan telefon dari Ain Zubaidah, kawan lama masa sekolah rendah dahulu. 
Nak jumpa kat Pasar Menggong yang memang terkenal dengan cucur udangnya.

Nenek kebayan rasa teruja betul, bila berdepan dengan mereka. 
Yalah, dah 34 tahun kami tak jumpa. Rasa macam tak percaya pula. 
Kami berbual hampir 1 jam. Masing-masing semua dah jauh berbeza dari dulu.




Nenek kebayan bersama kawan-kawan lama. Samad, Munji, Rashid dan Ain Zubaidah

Nenek kebayan berharap pertemuan kami ini tidak akan berhenti di sini saja.
Mungkin di lain kali, nenek kebayan dapat berjumpa semua kawan-kawan nenek kebayan yang lain.

KEEP IN TOUCH


 HAPPY BIRTHDAY TO IKA

WE LOVE YOU SO MUCH
AND
WISH YOU ALL THE BEST

FROM:
MAK, AYAH, ATIE, ANNIS & ALYSHA


25 June 2010

Sepetang di SK Ayer Paabas


Yesterday afternoon, my daughters Izzati, Annis, Alysha and I went to my husband's school.
Ada program motivasi untuk pelajar.
 Anak nenek kebayan, Alysha  ikut serta dalam program tersebut. 
I knew that she was very excited to join that programme.



Inilah anak nenek kebayan , Nur Alysha. 




 Annis sedang tekun mengambil gambar.



Ini suami nenek kebayan, Cikgu Anuar.
He was quite busy with his work on that day. 
Bukan saja sebagai setiausaha, tapi juga cameraman.
Kami berada di sana sehingga 8 malam. 
Terasa sedih pula nak meninggalkan Alysha di sana. Maklumlah kami jarang berenggang.

We're hopefully that Alysha dapat ramai kawan serta dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru dan program ini dapat meningkatkan keyakinan dirinya dalam menghadapi peperiksaan UPSR sebenar pada hujung tahun ini.
Amin......

19 June 2010

Salah Siapa?

Ketika nenek kebayan menulis blog ini, nenek kebayan baru balik dari Shah Alam. Mengiringi anak-anak nenek kebayan mendaftar kat IPT. Selepas menghantar anak yang tua untuk meneruskan pengajian  ke peringkat master, nenek kebayan ke sebuah lagi IPT kerana mendaftar 2 orang lagi anak nenek kebayan untuk memasuki semester baru.

Kedua-dua anak nenek kebayan ini belajar di IPT yang sama. Anak kedua nenek kebayan, sedang ambil degree manakala yang ketiga ambil diploma in TESL. Tidak perlulah nenek kebayan mention nama IPT tu, tapi nenek kebayan bengang sangat dengan pengurusan IPT tersebut.

 Anak ketiga nenek kebayan memohon asrama di dalam kampus tetapi tidak dapat. Bila nenek kebayan refer balik kat HEP, mereka kata di awal permohonan anak nenek kebayan memohon  tempat lain, iaitu si luar kampus. Bila nenek kebayan beritahu perkara yang sebenar, mereka nak bukti permohonan. Nasib baiklah anak nenek kebayan,  simpan bukti-bukti yang diperlukan termasuk surat permohonan tersebut. tetapi bila surat tersebut di hantar kepada HEP, mereka kata permohonan tersebut tidak ada dalam sistem mereka. Lepas tu pihak HEP minta pula bahan bukti yang disimpan dalam laptop. Sampai begitu sekali.

Tetapi malangnya, resource yang disimpan dalam laptop anak kebayan, dah hilang pulak, so terpaksa contact rakannya supaya email semula kepadanya. Alhamdullilah email tu berjaya diterima. So kitaorang pun bawa bahan bukti tersebut. Tetapi mendukacitakan bila mereka kata, surat permohonan dalam email tersebut tidak sama dengan hard copy yang dihantar oleh anak nenek kebayan sebelum ini. Mereka nak siasat dahulu.

Mana tak bengang nenek kebayan, dahlah datang jauh dari Melaka. Bawa lagi bukti yang disuruh, lepas nak tuduh pulak pelajar tidak betul.  Siapa sebenarnya tidak betul, pihak pengurusan universiti ke atau siapa. Nak salahkan pelajar pulak.

Lagi satu, kalau mereka kata mereka betul kenapa anak nenek kebayan yang kedua sepatutnya  layak dapat asrama memandangkan beliau berada di tahun 1, tetapi dalam surat tawaranya, permohonan masih KIV.?  Bila nenek kebayan beritahu pihak HEP barulah pertukaran berlaku dan mengiyakan sebenarnya anak nenek kebayan ini memang layak dapat asrama.

Jadi kalau mereka betul kenapa berlaku percanggahan macam ini? Masih salah pelajar lagi ke? Bagi pendapat nenek kebayan inilah antara birokrasi yang terdapat di mana-mana. Akuilah kelemahan yang ada .  Jangan letak  kelemahan itu pada pihak lain atau cuba tutup kelemahan yang ada. Sampai bila pun sesuatu organisasi tidak akan berjaya.Tidak semestinya kita semua betul. Idea dan pendapat dari orang lain pun kita perlu terima jika pendapat itu bernas dan boleh membantu organisasi.

Kejadian ini, menjadikan nenek kebayan kurang yakin dengan pengurusan dan pentadbiran universiti ini.  Nenek kebayan percaya, perkara ketidakpuasan hati pelanggan terhadap universiti ini tetap berlaku, jika tiada perubahan dalam menangani masalah semacam ini tidak di selesaikan. Apa yang nenek kebayan lihat, semester lepas pun ada berlaku ketidakpuasan hati ibubapa dan pelajar terhadap pihak pengurusan universiti ini mengenai tempat tinggal. Kenapa tidak belajar dari dari pengalaman ini. Sama-samalah kita renungkan.

18 June 2010

INGIN TINGKATKAN PENDAPATAN ANDA?



JOM TINGKATKAN TRAFFIK SECARA PERCUMA DENGAN WAWWI MATRIX BLOGWALKING

 Jika anda hendak meningkatkan traffic secara percuma. Ikutilah panduan ini.

Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

headline-3-steps


Matrik nx15

Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah

Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.

Anda pasti teruja menggunakan sistem ini dengan kedalaman sehingga level 15.

Autospillover

Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.
dan juga merupakan sistem Autospillover.
Sistem yang digunakan:
MATRIK (nx15) + Autospillover
Sistem Mata (Point)

Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).

Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:
Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata

Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata. Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.
Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata
Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.
Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.

Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata
Potensi Nilai Mata Referral

Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata

Jumlah keseluruhan:
43924 mata
Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.


Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.
Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog.

Sila naiktaraf status akaun anda untuk menikmati trafik yang lebih berganda lagi.
Jika anda meminati widget ini, silalah ikuti perkembangan semasa widget ini melalui Twitter dan Facebook .

Sempena pelancaran sistem ni, Wawwi.com telah menganjurkan pertandingan menulis artikel pasal  Wawwi Matrix BlogWalking. Tarikh tutup untuk pertandingan ini ialah  30 Jun 2010 11:59PM iaitu sebelum hari pelancaran widget ini pada 1 Julai 2010.
Untuk maklumat lanjut, jemputlah ke http://gengblogwalking.wawwi.com/

17 June 2010

Be happy!

Dear friends,
According to Malaysian Psychiatric Association, the lifetime occurrence of depression in any country is between 8% to 10%.
How to overcome this problem?



Everyone in this world is seaching for happiness.
How to be happy?

Firstly you must have positive self-esteem.
Secondly you must like yourself and believe to  be smarter, healthier, and more sociable.
You must also be optimistic, extroverted, and tend to have a more realistic perspective regarding negative experiences. You can  feel like you are in control of your life.
 Have close relationships with supportive friends and family, intimacy within marriage. Caring and loving relationships are a priority in the pursuit of happiness.
  Find your work to be a positive experience  where you feel challenged and engaged, without feeling overwhelmed.
The most important thing is if you're always remember and pray to GOD
the more happier you are.
Insyallah!!!







16 June 2010

Be Yourself

My dear daughter Nur Izzati,
What do you think  about yourself?
Do you really know who you are?
I'm wondering,
Why some people like to be someone that they do not belongs to.
These questions are always across in my mind .
Why not we try to be ourselves.

My dear girl,
Being yourself is celebrating you, as an individual .Learning to express yourself and be happy with who you are and it's learning to loves yourself,  it's not hiding who you are or changing things about you to fit in. 

And try to remember this....

You can't be yourself  if you don't know. Try to understand, and accept yourself first.
It should be your primary goal to find this out. Try to take time to yourself and contemplate your life and choices. Try to think about what kind of things you would or
wouldn't like to do, and act accordingly;
finding out through trial and error helps more than you might think it does.

My Dear Izzati,

You can even take personality tests, but be careful to only take what you want
from them and not let them define you. Work on accepting mistakes 
and choices you've made; they're done and in the past, so there is no use crying over spilled milk



So dear, if you be yourself, you will satisfied and happy with what 
do you have and what you have done.. I'm sure after this, 
you would not worry what people say about you and you're not asking
"Am I looking good, mom" anymore.

Your mom:)
 

13 June 2010

Selamat Pengantin Baru!

Yesterday, My daughters and I went for Mano's wedding in Rumbia. We feel so excited since this is the first time we have the chance to see the Indian wedding from my own eyes. It was colourful and the ceremony was doing great. Unfortunately, we came a bit late there. I believe that we missed one or two of Indian wedding ritual. But nevermind, because I feel so happy to see one of my good friend is know having a ring on her finger. I hope that she will enjoy the new-born family and live happily ever after.


Cikgu Mano, you look awesome. Ya, you husband too :)

Pembukaan SUKMA!

"jelingan cinta"

Petang Sabtu, nenek kebayan dan anak-anak dah bersiap sedia nak pergi reunion rakan-rakan lama. Seronok rasanya, sebab dah lama tak jumpa. Terbayang wajah kawan-kawan, tentu dah banyak berubah. Apa tak nya dah hampir 34 tahun tak bersua muka. Tiba-tiba my hubby balik, ajak kitorang keluar tengok pembukaan SUKMA. Teruja! Katanya bukan senang nak tengok peristiwa macam ni lagi kat Melaka. Kena tunggu 10 tahun lagi. Hati nenek kebayan berbelah bagi. Bak kata perpatah Melayu, "Diluah mata mak, ditelan mati bapak" Kesian pulak nenek kebayan nak menolak permintaan suami nenek kebayan. So nenek kebayan ambil keputusan untuk ikut keluarga nenek kebayan ke pembukaan SUKMA. Nampaknya, best bangat!

I'm sorry guys, hopefully we will meet again some other time. Insya-Allah!


"Sampai kat Stadium Hang Jebat. Huh, berpusing-pusing kami mencari parking. Macam itik pulang petang"





"Logo SUKMA"


"Perbarisan atlet-atlet"


"Persembahan pelajar-pelajar"




Malam tu memang seronok dengan persembahan yang menarik. Selepas majlis perasmian itu, Jamal Abdillah dan Bunkface adalah antara artis-artis yang buat persembahan. Mula-mula layan juga, tapi sebab mata dah mengantuk, pukul 1.00 pagi, nenek kebayan dan keluarga balik rumah. Mengantuk, mengantuk jugak. Sebelum balik, kitorang pekena asam pedas kat kedai Aru a.k.a Cheng Kok. Layan~ Perut kenyang, senang hati, balik rumah terus 'ter'tidur.


p/s : ni yang bangga jadi orang melaka ni.

12 June 2010

Pertemuan yang Tidak Kesampaian!

Pagi tadi nenek kebayan telah mengingatkan anak-anak  supaya bersiap sedia untuk menghadiri 'reunion'  malam ni. Nenek kebayan bukan tak tahu perangai mereka, kalau bersiap tu bukan kejap, mengambil masa berjam-jam. Itu sebabnya kenapa nenek kebayan selalu bising kepada mereka. Leceh betul...

Tapi nampaknya, rancangan nenek kebayan terpaksa dibatalkan selepas suami  nenek kebayan mengajak kami sekeluarga ke stadium Hang Jebat untuk melihat Majlis Perasmian SUKMA 2010. Pada mulanya nenek kebayan beritahu reunion nenek kebyan pun penting juga, tapi nenek kebayan tak sampai hati nak menolak pelawaannya. Katanya, bukan selalu, peristiwa macam ni. 

Akhirnya nenek kebayan terpaksa menurut permintaannya. Oleh itu, nenek kebayan mohon kemaafan kepada semua rakan-rakan, kerana tidak dapat menyertai kamu semua. Mungkin di masa lain kita akan bertemu lagi. Persahabatan kita akan terus berkekalan selama-lamanya.

11 June 2010

DOA SEORANG ISTERI







Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya...


Edited by: nenek kebayan

ShoutMix chat widget
[close]