07 November 2010

KESABARAN

Ketika ini, nenek kebayan berada di dewan sekolah sambil memantau pelajar Tingkatan 3 mengikuti aktiviti program selepas SPM iaitu Program Sepagi Bersama Utusan. Walaupun nenek kebayan sedang menulis blog ini, nenek kebayan masih mendengar apa yang diperkatakan wakil wartawan yang sedang berucap. Harap-harap pelajar nenek kebayan pun dapat banyak pengetahuan dari penceramah hari ini. Nenek kebayan nampak mereka ini agak gelisah kerana cuaca di dalam dewan ini agak panas. Macam cacing kepanasan. Kesian mereka. Nenek kebayan pun tak tahan berada didalam dewan ini dalam jangka masa yang lama.

Apa nak buat, tak ada tempat yang bersesuaian untuk menempatkan mereka. Inilah juga masalah nenek kebayan dan rakan-rakan nenek kebayan Kak Aziah, Mano dan Cikgu Yusof. Di sinilah kami ditempatkan sementara menunggu tempat baru kami yang entah bila akan siap.Macam menunggu buah tak gugur. Stress kami dibuatnya.Semasa nenek kebayan nak masuk dewan tadi, nenek kebayan terdengar seorang pelajar merungut dengan rakannya, "Jauh lagi dah terasa bahang panasnya." Lalu nenek kebayan mencelah, "Oklah tu, macam masuk SPA".

Tak tahulah berapa lama pelajar-pelajar boleh bertahan berada di dalam dewan ini. Apa-apa pun bersabarlah, 2 minggu lagi cuti sekolah dan program akan tamat.

No comments:


ShoutMix chat widget
[close]