Pagi tadi nenek kebayan telah mengingatkan anak-anak supaya bersiap sedia untuk menghadiri 'reunion' malam ni. Nenek kebayan bukan tak tahu perangai mereka, kalau bersiap tu bukan kejap, mengambil masa berjam-jam. Itu sebabnya kenapa nenek kebayan selalu bising kepada mereka. Leceh betul...
Tapi nampaknya, rancangan nenek kebayan terpaksa dibatalkan selepas suami nenek kebayan mengajak kami sekeluarga ke stadium Hang Jebat untuk melihat Majlis Perasmian SUKMA 2010. Pada mulanya nenek kebayan beritahu reunion nenek kebyan pun penting juga, tapi nenek kebayan tak sampai hati nak menolak pelawaannya. Katanya, bukan selalu, peristiwa macam ni.
Akhirnya nenek kebayan terpaksa menurut permintaannya. Oleh itu, nenek kebayan mohon kemaafan kepada semua rakan-rakan, kerana tidak dapat menyertai kamu semua. Mungkin di masa lain kita akan bertemu lagi. Persahabatan kita akan terus berkekalan selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment