SELAMAT HARI GURU
28 May 2011
Fikir-fikirkanlah.....
Cuaca di dewan ini terlalu panas. Tadi baru saja habis program kepenggunaan untuk pelajar Tingkatan 1. Nak buat sesi kaunseling pun tak dapat. Lepas tu sambung program orientasi pelajar Form 6. Bilalah agaknya kami nak dapat bilik kaunseling yang kondusif.
Nenek kebayan kesian dengan pelajar yang nak datang bilik kaunseling untuk mendapat perkhidmatan kaunseling, Tidak ada privacy langsung dengan cuaca yang panas. Putaran kipas angin pun dah tak terasa akibat bahang panas yang masuk ke dalam dewan. Nenek kebayan pun kadang-kadang berpeluh-peluh semasa menjalankan sesi. kepada pelajar,
Nenek kebayan pun heran kenapa perkhidmatan kaunseling dianggap remeh- temeh. Sedangkan staff kat pejabat semuanya duduk bawah air-cond. Nenek kebayan pun rasa tak patut perkara begini berlaku di sekolah kami yang bergelar sekolah bestari.
Subscribe to:
Posts (Atom)