Ketika nenek kebayan menulis blog ini, nenek kebayan baru balik dari Shah Alam. Mengiringi anak-anak nenek kebayan mendaftar kat IPT. Selepas menghantar anak yang tua untuk meneruskan pengajian ke peringkat master, nenek kebayan ke sebuah lagi IPT kerana mendaftar 2 orang lagi anak nenek kebayan untuk memasuki semester baru.
Kedua-dua anak nenek kebayan ini belajar di IPT yang sama. Anak kedua nenek kebayan, sedang ambil degree manakala yang ketiga ambil diploma in TESL. Tidak perlulah nenek kebayan mention nama IPT tu, tapi nenek kebayan bengang sangat dengan pengurusan IPT tersebut.
Anak ketiga nenek kebayan memohon asrama di dalam kampus tetapi tidak dapat. Bila nenek kebayan refer balik kat HEP, mereka kata di awal permohonan anak nenek kebayan memohon tempat lain, iaitu si luar kampus. Bila nenek kebayan beritahu perkara yang sebenar, mereka nak bukti permohonan. Nasib baiklah anak nenek kebayan, simpan bukti-bukti yang diperlukan termasuk surat permohonan tersebut. tetapi bila surat tersebut di hantar kepada HEP, mereka kata permohonan tersebut tidak ada dalam sistem mereka. Lepas tu pihak HEP minta pula bahan bukti yang disimpan dalam laptop. Sampai begitu sekali.
Tetapi malangnya, resource yang disimpan dalam laptop anak kebayan, dah hilang pulak, so terpaksa contact rakannya supaya email semula kepadanya. Alhamdullilah email tu berjaya diterima. So kitaorang pun bawa bahan bukti tersebut. Tetapi mendukacitakan bila mereka kata, surat permohonan dalam email tersebut tidak sama dengan hard copy yang dihantar oleh anak nenek kebayan sebelum ini. Mereka nak siasat dahulu.
Mana tak bengang nenek kebayan, dahlah datang jauh dari Melaka. Bawa lagi bukti yang disuruh, lepas nak tuduh pulak pelajar tidak betul. Siapa sebenarnya tidak betul, pihak pengurusan universiti ke atau siapa. Nak salahkan pelajar pulak.
Lagi satu, kalau mereka kata mereka betul kenapa anak nenek kebayan yang kedua sepatutnya layak dapat asrama memandangkan beliau berada di tahun 1, tetapi dalam surat tawaranya, permohonan masih KIV.? Bila nenek kebayan beritahu pihak HEP barulah pertukaran berlaku dan mengiyakan sebenarnya anak nenek kebayan ini memang layak dapat asrama.
Jadi kalau mereka betul kenapa berlaku percanggahan macam ini? Masih salah pelajar lagi ke? Bagi pendapat nenek kebayan inilah antara birokrasi yang terdapat di mana-mana. Akuilah kelemahan yang ada . Jangan letak kelemahan itu pada pihak lain atau cuba tutup kelemahan yang ada. Sampai bila pun sesuatu organisasi tidak akan berjaya.Tidak semestinya kita semua betul. Idea dan pendapat dari orang lain pun kita perlu terima jika pendapat itu bernas dan boleh membantu organisasi.
Kejadian ini, menjadikan nenek kebayan kurang yakin dengan pengurusan dan pentadbiran universiti ini. Nenek kebayan percaya, perkara ketidakpuasan hati pelanggan terhadap universiti ini tetap berlaku, jika tiada perubahan dalam menangani masalah semacam ini tidak di selesaikan. Apa yang nenek kebayan lihat, semester lepas pun ada berlaku ketidakpuasan hati ibubapa dan pelajar terhadap pihak pengurusan universiti ini mengenai tempat tinggal. Kenapa tidak belajar dari dari pengalaman ini. Sama-samalah kita renungkan.
No comments:
Post a Comment