12 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Sudah lama nenek kebayan tak menulis dalam blog. Pagi ini nenek kebayan ambil masa sekejap untuk menulis sambil menunggu tetamu datang beraya kat rumah. Hari ini masuk hari ke 4 hari raya. 
Suasana hari raya masih terasa. Lepas ni nenek kebayan nak hantar anak nenek kebayan yang bongsu ke rumah kawannya untuk beraya.
Kalau zaman dolu-dolu biasanya anak-anak beraya bersama kawan-kawan tanpa perhatian dari ibubapa mereka tapi hari ni nenek kebayan rasa eloklah kalau ibubapa melihat pergerakan anak-anak.
Bukan nak mengawal mereka tetapi memandangkan zaman sekarang, pelbagai jenayah yang berlaku di sekeliling kita, amat menakutkan.
Dalam sekelip mata anak-anak boleh hilang entah ke mana.....diculik, dirogol dan sebagainya. Tak taulah nenek kebayan apa nak jadi manusia zaman sekarang.
Sanggup lakukan apa saja untuk kepentingan diri mereka tanpa menghirau perbuatan mereka 
salah atau tidak. 
Tidak ada perikemanusiaan langsung.
Berbalik hari raya tahun ini, nenek kebayan rasa banyak kekurangannya. Sebab tahun ini, bukan sahaja nenek kebayan tidak dapat beraya dengan ibubapa nenek kebayan tetapi juga mak mertua nenek kebayan. Nenek kebayan terasa amat sangat dengan kehilangan mereka semua. 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua. Amin.....
Di sini nenek kebayan juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua kenalan atau siapa saja yang membaca blog nenek kebayan ini.


No comments:


ShoutMix chat widget
[close]