13 June 2010

Pembukaan SUKMA!

"jelingan cinta"

Petang Sabtu, nenek kebayan dan anak-anak dah bersiap sedia nak pergi reunion rakan-rakan lama. Seronok rasanya, sebab dah lama tak jumpa. Terbayang wajah kawan-kawan, tentu dah banyak berubah. Apa tak nya dah hampir 34 tahun tak bersua muka. Tiba-tiba my hubby balik, ajak kitorang keluar tengok pembukaan SUKMA. Teruja! Katanya bukan senang nak tengok peristiwa macam ni lagi kat Melaka. Kena tunggu 10 tahun lagi. Hati nenek kebayan berbelah bagi. Bak kata perpatah Melayu, "Diluah mata mak, ditelan mati bapak" Kesian pulak nenek kebayan nak menolak permintaan suami nenek kebayan. So nenek kebayan ambil keputusan untuk ikut keluarga nenek kebayan ke pembukaan SUKMA. Nampaknya, best bangat!

I'm sorry guys, hopefully we will meet again some other time. Insya-Allah!


"Sampai kat Stadium Hang Jebat. Huh, berpusing-pusing kami mencari parking. Macam itik pulang petang"





"Logo SUKMA"


"Perbarisan atlet-atlet"


"Persembahan pelajar-pelajar"




Malam tu memang seronok dengan persembahan yang menarik. Selepas majlis perasmian itu, Jamal Abdillah dan Bunkface adalah antara artis-artis yang buat persembahan. Mula-mula layan juga, tapi sebab mata dah mengantuk, pukul 1.00 pagi, nenek kebayan dan keluarga balik rumah. Mengantuk, mengantuk jugak. Sebelum balik, kitorang pekena asam pedas kat kedai Aru a.k.a Cheng Kok. Layan~ Perut kenyang, senang hati, balik rumah terus 'ter'tidur.


p/s : ni yang bangga jadi orang melaka ni.

No comments:


ShoutMix chat widget
[close]