22 November 2010

BANGGA MENJADI ANAK MELAKA

Malam tadi nenek kebayan meronda-ronda di sekitar Bandar Melaka bersama suami.
Walaupun kami tinggal kat Melaka, tapi nenek kebayan jarang keluar berjalan-jalan. 
Seronoknya, malam ini nenek kebayan dapat melihat panaroma Negeri Melaka di waktu malam.
Selama ini nenek kebayan sibuk dengan kerja. 
Walaupun besok nenek kebayan terpaksa ke sekolah kerana besok hari pertama pelajar di sekolah nenek kebayan akan menduduki peperiksaan SPM & STPM.
Sepanjang perjalanan kami di sekitar Bandar Melaka, nenek kebayan merasa teruja dengan pemandangan di waktu malam terutama di sekitar Kg Mortem yang banyak menempatkan penduduk Negeri Melaka keturunan  Portugis.
Apa yang membanggakan nenek kebayan ialah kebersihan Negeri Melaka. Sudah semua negeri di Malaysia telah nenek kebayan lawati, nenek kebayan dapati Negeri Melaka adalah negeri yang paling bersih. Bukan nenek kebayan nak puji negeri sendiri. Tetapi ini adalah kenyataan. Nenek kebayan bangga dengan sikap rakyat Melaka yang prihatin dengan kebersihan. Kesedaran itu datang sendiri dari rakyat Melaka tanpa paksaan. 
Jadi tidak salahlah kalau Negeri Melaka di isytiharkan sebagai Negeri Maju 2010 dan Negeri BandarTeknologi Hijau.
Syabas kepada semua rakyat negeri Melaka!

21 November 2010

Harapan

Cuti sekolah bermula lagi. Kali ni cuti panjang. Walaupun cuti kena pergi kerja juga. Lagipun hari Selasa ini, pelajar di sekolah nenek kebayan akan menduduki peperiksaan SPM & STPM. 
Besok nenek kebayan akan ke sekolah sebab nak siapkan kerja yang masih belum siap. Laporan, Perancangan Strategik, Takwim dan banyak lagi. Masa sekolah hari tu, tak sempat nak siap sebab terlalu banyak program yang perlu dibuat.
Hari ini, nenek kebayan hantar anak ke UNISEL. Pendaftaran semester baru. Anak nenek kebayan yang sulung pun balik ke UiTM Puncak Perdana. Sebab minggu depan, beliau nak ambil jubah untuk majlis konvokesyen. Alhamdullilah, akhirnya beliau dapat juga menghabiskan pengajian di peringkat Ijazah Pertama. 
Sekarang ini, beliau sambung ambil sarjana pula. Nenek kebayan berharap, kejayaan anak nenek kebayan yang sulung ini akan menjadi contoh kepada anak-anak nenek kebayan yang lain.
Walaupun selama ini nenek kebayan dan suami terpaksa bergolok bergadai untuk menyediakan wang pembelajarannya, tetapi kami tak pernah terasa itu satu kesusahan pada kami. Malahan kami berasa amat gembira dan berbangga dengan apa yang telah kami berikan kepada anak-anak kami.  


ShoutMix chat widget
[close]