Malam tadi nenek kebayan meronda-ronda di sekitar Bandar Melaka bersama suami.
Walaupun kami tinggal kat Melaka, tapi nenek kebayan jarang keluar berjalan-jalan.
Seronoknya, malam ini nenek kebayan dapat melihat panaroma Negeri Melaka di waktu malam.
Selama ini nenek kebayan sibuk dengan kerja.
Walaupun besok nenek kebayan terpaksa ke sekolah kerana besok hari pertama pelajar di sekolah nenek kebayan akan menduduki peperiksaan SPM & STPM.
Sepanjang perjalanan kami di sekitar Bandar Melaka, nenek kebayan merasa teruja dengan pemandangan di waktu malam terutama di sekitar Kg Mortem yang banyak menempatkan penduduk Negeri Melaka keturunan Portugis.
Apa yang membanggakan nenek kebayan ialah kebersihan Negeri Melaka. Sudah semua negeri di Malaysia telah nenek kebayan lawati, nenek kebayan dapati Negeri Melaka adalah negeri yang paling bersih. Bukan nenek kebayan nak puji negeri sendiri. Tetapi ini adalah kenyataan. Nenek kebayan bangga dengan sikap rakyat Melaka yang prihatin dengan kebersihan. Kesedaran itu datang sendiri dari rakyat Melaka tanpa paksaan.
Jadi tidak salahlah kalau Negeri Melaka di isytiharkan sebagai Negeri Maju 2010 dan Negeri BandarTeknologi Hijau.
Syabas kepada semua rakyat negeri Melaka!
No comments:
Post a Comment