12 June 2010

Pertemuan yang Tidak Kesampaian!

Pagi tadi nenek kebayan telah mengingatkan anak-anak  supaya bersiap sedia untuk menghadiri 'reunion'  malam ni. Nenek kebayan bukan tak tahu perangai mereka, kalau bersiap tu bukan kejap, mengambil masa berjam-jam. Itu sebabnya kenapa nenek kebayan selalu bising kepada mereka. Leceh betul...

Tapi nampaknya, rancangan nenek kebayan terpaksa dibatalkan selepas suami  nenek kebayan mengajak kami sekeluarga ke stadium Hang Jebat untuk melihat Majlis Perasmian SUKMA 2010. Pada mulanya nenek kebayan beritahu reunion nenek kebyan pun penting juga, tapi nenek kebayan tak sampai hati nak menolak pelawaannya. Katanya, bukan selalu, peristiwa macam ni. 

Akhirnya nenek kebayan terpaksa menurut permintaannya. Oleh itu, nenek kebayan mohon kemaafan kepada semua rakan-rakan, kerana tidak dapat menyertai kamu semua. Mungkin di masa lain kita akan bertemu lagi. Persahabatan kita akan terus berkekalan selama-lamanya.

11 June 2010

DOA SEORANG ISTERI







Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya...


Edited by: nenek kebayan

10 June 2010

NOSTALGIA

Malam ni nenek kebayan rasa sungguh seronok kerana dapat ber 'chatting' dengan rakan-rakan lama. Sudah lebih 30 tahun kami tidak berjumpa. Kali terakhir kami berjumpa semasa nenek kebayan di dalam darjah 6 di SRK Alor Gajah1, Melaka pada tahun 1975.

Selepas itu, kami terus ke destinasi masing-masing. Nenek kebayan bersekolah menengah di SMK Dato' Dol Said. Berdekatan dengan rumah . Manakala rakan-rakan lain bersekolah di sekolah yang sama. Selepas itu hubungan nenek kebayan dan rakan-rakan terputus. Hinggalah ke hari ini, bila nenek kebayan dikejutkan oleh rakan-rakan lama melalui facebook.

Kenangan semasa di dalam Darjah 5

 Alhamdullilah, cita-cita nenek untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama termakbul....Pada 12/6 ini kami akan mengadakan reunion kat rumah Rashid Md Din.
Harapan nenek, kami akan dapat berjumpa semula. Amin.....
Antara rakan-rakan lama disekolah rendah

Tetapi sayangnya nenek kebayan terpaksa memendekkan masa untuk berbual dengan mereka, kerana esok nenek kebayan akan menghadapi peperiksaan PTK. Malam ni baru nak baca buku. Entahlah bagaimana agaknya nenek kebayan nak jawab soalan nanti, tak ada persediaan langsung. Walau bagaimanapun nenek kebayan tetap berharap nenek kebayan akan lulus dengan baik dalam peperiksaan tersebut.

08 June 2010

KETINGGIAN PERIBADI RAKYAT MALAYSIA

Dah beberapa hari nenek kebayan tidak menulis dalam blog. Minggu ni agak sibuk...Banyak agenda yang perlu dibuat.
Walau pun cuti sekolah tetapi banyak perkara yang perlu diuruskan. Amat memenatkan... Tapi pagi ni, selepas menghantar anak nenek kebayan ke sekolah tambahan, nenek  ada sedikit masa terluang untuk menulis dalam blog  ini. Tangan ni pun dah gatal untuk menulis.

Pada kali ini, nenek kebayan ingin meperkatakan perlunya amalan budi bahasa dan sopan santun di kalangan kita semua. Nenek kebayan rasa topik ni, perlu diambil perhatian, kerana kita lihat sahaja sekarang berlakunya kerapuhan dalam amalan budi bahasa dan sopan santun di kalangan kita semua. Nenek kebayan percaya jika kerapuhan ini berlaku, maka tiada lagi wujud persefahaman, hormat-menghormati, kerjasama, kasih-sayang di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa. Ini sudah tentu akan menakutkan kita semua.



Apakah yang dimaksudkan 'budi' dan 'sopan santun'.
Perkataan ‘budi’ bermaksud tingkah laku atau perangai yang baik. ‘Bahasa’ pula bererti percakapan yang baik atau bersopan santun. Justeru, orang yang mempunyai kedua-dua sifat ini merupakan orang yang berakhlak mulia.
Firman Allah SWT: “Dan mereka diberi petunjuk (di dunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang Maha Terpuji.” (al-Hajj: 24)

Amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni bukanlah merupakan satu amalan baru bagi kita rakyat Malaysia. Ia merupakan warisan keluarga iaitu dari kecil lagi kita telah sentiasa diasuh dan diterapkan dengan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Kita telah dididik supaya sentiasa hormat-menghormati, bertutur dengan sopan, bantu- membantu, merendah diri, jujur dan amanah dan berbagai lagi. Sudah tentunya, seseorang yang bersifat dan mengamalkan nilai-nilai ini akan dihormati dan dipandang mulia di kalangan keluarga dan masyarakat sekelilingnya.

 Oleh itu sebagai ahli dalam institusi keluarga, kita juga perlu bertanggungjawab mendidik dan membentuk setiap ahli keluarga kita supaya menjadi insan berperibadi mulia kerana semuanya bermula dari rumah. Selain itu setiap individu perlu memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni ini.  Berbudi bahasa, beradab, bersopan santun serta bertoleransi harus sentiasa disemai bagi mempastikan kejayaan usaha Kerajaan untuk mewujudkan budaya rakyat yang berhemah tinggi. Janganlah kita hanya berjaya dalam meraih kemajuan kebendaan tetapi mundur dalam mencapai keperibadian mulia

MALAYSIA BOLEH!

ShoutMix chat widget
[close]