Malam tadi nenek kebayan terima sms dari seorang pelajar. Pelajar ini telah berjaya mendapat tempat di salah sebuah universiti di India dalam bidang perubatan.Pelajar ini lepasan matrikulasi dan sedang belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Trengganu.
SMSnya berbunyi: "Insyallah saya tidak akan sesekali melupai jasa mak saya dan juga cikgu sebab banyak tolong saya. Saya dah tak ada ayah 13 tahun dah...apapun saya akan buat yang terbaik demi agama, diri saya dan adik beradik saya dan semua yang saya sayangi. Masa salam dengan mak saya tadi pun saya dah sebak....dan saya tahu saya kena jugak jadi seorang doktor."
Bila nenek kebayan baca mesej tu, nenek kebayan terasa begitu sebak dan teruja. Suami nenek kebayan yang berada di sebelah pun termenung jauh.... Alang gembiranya nenek kebayan kerana walaupun pertolongan kami tak seberapa tetapi nenek kebayan bersyukur kerana dapat membantu dan mengembirakan seorang insan yang begitu mengharapkan peluang ini.
Untuk Mohamad Azhar, cikgu dan keluarga mendoakan semoga semua perkara yang diuruskan sebelum berangkat ke India akan berjalan dengan lancar. Belajar rajin-rajin, jangan lupa ibu di kampung. Bila dah dapat gelaran doktor nanti jangan lupa cikgu kat Melaka. Mungkin Azhar tak kenal cikgu, tapi cikgu sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaan Azhar dan rakan-rakan yang terpilih meneruskan pengajian perubatan di Belgamm.