Ari ni nenek kebayan dah perbaharui rupa blok nenek kebayan..bukan ape cuma nenek kebayan nk korang lebih ttarik nk baca blog nenek kebayan ni. W/pun nenek kebayan dah tua tpi nenek kebayan suke pd pembaharuan. Itulah sifat nenek kebayan dari dulu.Mane yg baik utk nenek kebayan, itulah yg nenek kebayan pilih.Sifat ni juge perlu ade pd korang semua....Pilihan di tgn korang semua.Kite dah dikurniakan otak oleh Tuhan, kite kene fikir mane yg baik & mane yg buruk. Nk buat yg baik memang byk halangannya.
Minggu lepas korang yg dah habis SPM/STPM tentu dah dpt tawaran sambung bljr. Tahniahlah kpd korang yg dah dpt tu. Yg x dpt tu, jgn risau. Msih byk peluang utk korang. Kan IPTS ade, ape x mohon. Byk peluang boleh korang dpt. Blh lagi pilih program yg kamu suka klu kelayakan ade.Tu le..sbbnya nenek kebayan pesan gunakan otak kamu ngan bijak. Pilih mane yg sesuai ngan kelayakan & ksesuaian ngan korang semua.
Tapi pastikan program yg korang mintak tu dpt kelulusan MQA. Klu x tau pasal tu, ingat2lah contact nenek kebayan...keh!!!!! Jgn nnti dah habis bljr baru tau x dpt klulusan MQA. Oleh tu jgn jadi bodoh sombong. Tanye khusus2 sbelum mohon...Tentang pbayaran yuran jgn risau, biasenya diorg akan sediakan pinjaman utk peljar misalnya dari MARA, PTPTN dan byk lagi.
Nenek kebayan nk ucapkan selamat belajar kat korang semua. Kat mane korang pegi pun, jgn lupe kat nenek kebayan ni...layari blog nenek kebayan ok!!!!
22 May 2010
19 May 2010
Nak jadi pelajar cemerlang...baca artikel ini.
Pelajar Cemerlang PMR 2009 bersama ibubapa
Apa khabar korang semua...Lama nenek kebayan x menulis dlm blog ni, bukan ape, minggu ni nenek kebayan agak sibuk sikit dgn keje. Tau2 ajelah, tugas nenek kebayan ni...jadi penasihat anak2. Minggu ni byk anak2 dtg jumpe nenek kebayan so tpaksalah nenek kebayan luangkan masa utk mereka. Mcm mane pun nenek kebayan sempat membaca satu artikel yg nenek kebayan rasa artikel ini amat baik utk dibaca oleh korang semua...Di sini nenek kebayan perturunkan apa yg ditulis dlm artikel itu.
Pelajar Cemerlang SPM 2009
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri).
Bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan korang dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada anak cemerlang.
Kualiti-kualiti anak cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Amanah
Dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain.
Bijak
Bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah.Sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
Cergas
Sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
Dedikasi
Amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya.Tugasan yang diberi akan dilakukan dengan sepenuh hati.Melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
Elok
Dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan mereka mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.
Faham
Lebih banyak mendengar daripada bercakap.Ini menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
Gigih
Melakukan kerja dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.
Hasrat
Sentiasa menyimpan hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Taati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.
Nenek kebayan harap artikel ini dpt bantu korang menjadi pelajar cemerlang kat sekolah. Klu x cemerlang pun sekurang2 bantu korang utk mdpt keputusan peperiksaan yg baik. Korang bejaya, sudah tentu mak/bapa/keluarga korang juga turut gembira....
Ok nak2 jumpa lagi ....dari nenek kebayan.
Subscribe to:
Posts (Atom)