08 June 2010

KETINGGIAN PERIBADI RAKYAT MALAYSIA

Dah beberapa hari nenek kebayan tidak menulis dalam blog. Minggu ni agak sibuk...Banyak agenda yang perlu dibuat.
Walau pun cuti sekolah tetapi banyak perkara yang perlu diuruskan. Amat memenatkan... Tapi pagi ni, selepas menghantar anak nenek kebayan ke sekolah tambahan, nenek  ada sedikit masa terluang untuk menulis dalam blog  ini. Tangan ni pun dah gatal untuk menulis.

Pada kali ini, nenek kebayan ingin meperkatakan perlunya amalan budi bahasa dan sopan santun di kalangan kita semua. Nenek kebayan rasa topik ni, perlu diambil perhatian, kerana kita lihat sahaja sekarang berlakunya kerapuhan dalam amalan budi bahasa dan sopan santun di kalangan kita semua. Nenek kebayan percaya jika kerapuhan ini berlaku, maka tiada lagi wujud persefahaman, hormat-menghormati, kerjasama, kasih-sayang di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa. Ini sudah tentu akan menakutkan kita semua.



Apakah yang dimaksudkan 'budi' dan 'sopan santun'.
Perkataan ‘budi’ bermaksud tingkah laku atau perangai yang baik. ‘Bahasa’ pula bererti percakapan yang baik atau bersopan santun. Justeru, orang yang mempunyai kedua-dua sifat ini merupakan orang yang berakhlak mulia.
Firman Allah SWT: “Dan mereka diberi petunjuk (di dunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang Maha Terpuji.” (al-Hajj: 24)

Amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni bukanlah merupakan satu amalan baru bagi kita rakyat Malaysia. Ia merupakan warisan keluarga iaitu dari kecil lagi kita telah sentiasa diasuh dan diterapkan dengan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Kita telah dididik supaya sentiasa hormat-menghormati, bertutur dengan sopan, bantu- membantu, merendah diri, jujur dan amanah dan berbagai lagi. Sudah tentunya, seseorang yang bersifat dan mengamalkan nilai-nilai ini akan dihormati dan dipandang mulia di kalangan keluarga dan masyarakat sekelilingnya.

 Oleh itu sebagai ahli dalam institusi keluarga, kita juga perlu bertanggungjawab mendidik dan membentuk setiap ahli keluarga kita supaya menjadi insan berperibadi mulia kerana semuanya bermula dari rumah. Selain itu setiap individu perlu memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni ini.  Berbudi bahasa, beradab, bersopan santun serta bertoleransi harus sentiasa disemai bagi mempastikan kejayaan usaha Kerajaan untuk mewujudkan budaya rakyat yang berhemah tinggi. Janganlah kita hanya berjaya dalam meraih kemajuan kebendaan tetapi mundur dalam mencapai keperibadian mulia

MALAYSIA BOLEH!

No comments:


ShoutMix chat widget
[close]