03 June 2010

PEMBANTU RUMAH

Pagi tadi nenek kebayan terbaca artikel dari penyubiru's blog tentang pembantu rumah yang meludah di dalam makanan majikannya. Di sini nenek kebayan nak berkongsi cerita ngan rakan-rakan semua mengenai pembantu rumah mak & mak mertua nenek kebayan.

Pada kebiasaannya, setiap pembantu rumah yang bekerja dengan kami dilayan dengan baik, macam saudara sendiri. Lebih2 lagi suami nenek kebayan, sentiasa mengingatkan kami supaya jaga kebajikan mereka, layan mereka dengan baik. So kami ikutlah, seperti yang diarahkan. Kalau pergi jalan-jalan pun adakalanya.  kami akan membawanya sekali.

Tapi madu yang diberi, tuba yang dibalas.
Pembantu rumah mak aku:
Dia ni nampak macam prihatin sangat dengan kebajikan mak nenek kebayan . Di depan nenek kebayan, dia layan mak dengan baik menyebabkan nenek kebayan  berasa sungguh yakin mak akan dijaga dengan baik olehnya bilanenek kebayan tiada kat rumah.

Tapi cerita sebenarnya terbongkar selepas mak nenek kebayan dibawa ke doktor kerana terdapat luka ditangannya.
Mak menceritakan kepada kami bagaimana pembantu rumah kami memperlakukannya bila kami tiada di rumah. Akhirnya kami sekeluarga mengambil keputusan memberhentikannya.....

Pembantu rumah mak mertua:
Yang ni pun sama, dah dilayan dengan baik, tapi masih sanggup mencuri handphone anak nenek kebayan  dan berpura-pura tidak mengetahuinya. Tetapi akhirnya, seperti kata perpatah, "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga."  Perbuatannya akhir terbongkar juga setelah kak ipar nenek kebayan menjumpai handphone itu berada di tangan pembantu rumah.

Itulah di antara beberapa contoh perilaku pembantu rumah yang ada sekarang ini.  Ingin nenek kebayan berpesan dengan rakan-rakan, jika nak ambil pembantu rumah berhati-hatilah dan sentiasa pantau ape yang dilakukannya."Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya."

No comments:


ShoutMix chat widget
[close]