03 June 2010

Happy School Holiday

Esok hari terakhir persekolahan utk semester ini, lepas tu cuti sekolah 2 minggu. Nenek kebayan yakin ramai dah rancang macam-macam aktiviti semasa cuti sekolah ni. Nenek kebayan pun macam diaorang jugak. Teruja....nak cuti sekolah ni.

Tapi itu angan-angan nenek kebayan je...sebab cuti sekolah ni nenek kebayan kena bertugas juga. 10/6/2010 ada peperiksaan PTK pula....ha..nampaknya cuti ni kena baca buku. Minggu kedua cuti pula ada kelas tambahan pelajar form 3 & form 5.Jadi bile nenek kebayan boleh cuti ni ????.....nasib baik lah suami nenek kebayan aseorang guru, so dier pun understand tugas guru ni. Anak-anak nenek kebayan pun dah faham kerja nenek kebayan ni...Terima kasih buat anak-anak nenek kebayan Nur Izzati, Nur Zulaikha, Nur Annis dan Nur Alysha kerana mengerti tugas ibu... 

Nenek kebayan heran juga kenapa ada orang yang jeles benar ngan cikgu ni. Kononnya cikgu ni banyak cuti..Jadilah cikgu  dulu...baru tahu beban tugas seorang cikgu. Jangan asyik mengkritik  aje. 
Tapi nenek kebayan tak kisahlah...yang penting nenek kebayan jalankan tugas sendiri..Malas nak fikir hal orang lain. Biarlah apa mereka nak kata.

Pada semua cikgu yang terpaksa bertugas semasa cuti sekolah ni,  selamat bertugas.
Yang akan melangsungkan perkahwinan, SELAMAT PENGANTIN BARU . 

Kami sekeluarga  nak ucapkan selamat pengantin baru buat Cikgu Nurul Huda dan rakan sejawatku Cikgu Dhavamanogary....:) Semoga anda berbahagia ke anak cucu.

No comments:


ShoutMix chat widget
[close]