01 June 2010

TAKUT JUMPA DOKTOR

Ari ni nenek kebayan kena gi hospital, appointment ngan doktor. Bila teringat aje nak jumpa doktor, mulalah jantung ni berdegup kencang. X taulah nenek kebayan kenapa nenek kebayan selalu begitu. Pagi ni pulak nenek kebayan terpaksa ke ADTEC kerana ade Kolokium Bimbingan & Kaunseling Negeri Melaka & Taklimat Pengurusan. So kena pergilah dulu nampaknya.
Lepas tu nenek kebayan minta kebenaran keluar dari Penolong Pengarah Kaunseling, En. Zulhijri. Alhamdullilah, beliau benarkan nenek kebayan pergi.


Sampai kat hospital jantung nenek kebayan bergerak lebih kencang. Nenek kebayan  cuba coolkan diri nenek kebayan tapi x boleh. Inilah akibatnya kalau jarang dapatkan rawatan doktor. Hanya akhir-akhir ni nenek kebayah teringin nak dapat rawatan doktor kerajaan. Kalau dulu sikit-sikit pegi ke klinik swasta. Dulu nenek kebayan fed-up ngan hospital kerajaan, dah lah nurse nya x mesra alam, lambat pulak tu perkhidmatannya. 

Tapi nampaknya piagam pelanggan mereka kali ni lebih kepada mesra pelanggan. Alhamdullillah, nampaknya banyak perubahan. Macam tulah, kalau pesakit nampak nurse dengan muka yang manis, sekurang-kurangya terubat juga sakit mereka. Syabas!!!!!

Berbalik nenek kebayan ke hospital tadi, kali ni nenek kebayan x lah tunggu lama benar. Bila check tekanan darah, hah..dah disangka, tinggi juga bacaannya. Nurse kat situ tanya nenek kebayan, " Takut jumpe doktor ke?" Nenek kebayan senyum aje...

Nenek kebayan dinasihat oleh doktor supaya makan ubat. Nenek kebayan terima ajelah nasihat doktor tu....Jadi bermula hari ini nenek kebayan akan sentiasa makan ubat. Kalau sebelum ni nenek kebayanlah orang yang paling malas makan ubat.

Lepas nenek kebayan ambil ubat , nenek kebayan kembali semula ke ADTEC di mana kolokium tu sedang berlangsung.


No comments:


ShoutMix chat widget
[close]