23 May 2010

Kenapa perlu sarapan pagi???

Selamat pagi anak2 semua. Pagi ni korang dah sarapan lum? Nenek kebayan percaya ramai pelajar ke sekolah x bsarapan pagi. Bukan mak korang yg x buatkan sarapan ttpi sikap korang sendiri yg x suka sarapan pagi. Jgn gitu anak2, sarapan pagi tu penting.

Anak2 semua,
Otak atau minda korang sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Nenek kebayan berharap lepas ni,korang semua hendaklah bersarapan pagi. Kat sini nenek kebayan sediakan satu resipi mudah utk korang buat kat rumah. X perlulah harapkan mak korang buat. Mak korang tentu dah letih bekerja.



NASI GORENG CINA

Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

Cuba ye anak2, lepas ni britau nenek kebayan,sedap x nasi goreng cina yg korang buat... Selamat mencuba....

No comments:


ShoutMix chat widget
[close]