19 May 2010

Nak jadi pelajar cemerlang...baca artikel ini.


Pelajar Cemerlang PMR 2009 bersama ibubapa

Apa khabar korang semua...Lama nenek kebayan x menulis dlm blog ni, bukan ape, minggu ni nenek kebayan agak sibuk sikit dgn keje. Tau2 ajelah, tugas nenek kebayan ni...jadi penasihat anak2. Minggu ni byk anak2 dtg jumpe nenek kebayan so tpaksalah nenek kebayan luangkan masa utk mereka. Mcm mane pun nenek kebayan sempat membaca satu artikel yg nenek kebayan rasa artikel ini amat baik utk dibaca oleh korang semua...Di sini nenek kebayan perturunkan apa yg ditulis dlm artikel itu.


Pelajar Cemerlang SPM 2009

Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri).
Bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan korang dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada anak cemerlang.
Kualiti-kualiti anak cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:


Amanah
Dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain.

Bijak
Bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah.Sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas
Sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi
Amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya.Tugasan yang diberi akan dilakukan dengan sepenuh hati.Melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok
Dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan mereka mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

Menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham
Lebih banyak mendengar daripada bercakap.Ini menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Melakukan kerja dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat
Sentiasa menyimpan hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Taati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Nenek kebayan harap artikel ini dpt bantu korang menjadi pelajar cemerlang kat sekolah. Klu x cemerlang pun sekurang2 bantu korang utk mdpt keputusan peperiksaan yg baik. Korang bejaya, sudah tentu mak/bapa/keluarga korang juga turut gembira....
Ok nak2 jumpa lagi ....dari nenek kebayan.

1 comment:

NZ said...

satu pendekatan yang terbaik, puan. :)) keep it up!


ShoutMix chat widget
[close]