22 July 2011

27 June 2011

SELAMAT BERSARA MR MAK HENG POI

Mr Mak printer dah rosak....
Mr Mak macam mana ni, password saya dah lupa....
Mr Mak ink dah habis...
Itulah antara kata-kata yang sering didengari di bilik guru
Tapi kini semua itu tidak kedengaran lagi.
Guru-guru terpaksa bertindak sendiri.
Ada juga yang berkata itulah kalau ada Mr Mak semuanya beres..


Begitulah terkenalnya nama Mr Mak Heng Poi di kalangan guru-guru SMKDDS.
Orangnya lembut dan mudah melemparkan senyuman
Malah seorang guru yang begitu prihatin dengan rakan-rakan sekerja.
Sentiasa membantu rakan-rakan terutama dalam bidang ICT.


Selain dari itu beliau juga dikenali kecintaannya terhadap binatang
Bila beliau tiba di sekolah, kucing-kucing mengikuti beliau.
Kucing-kucing amat mengenali Mr Mak kerana beliau sering menyediakan makan untuk mereka.
Begitu juga dengan ikan-ikan di kolam tentu merindui Mr Mak.




Harapan saya pada Mr Mak Heng Poi semoga beliau sentiasa sehat dan gembira selalu selepas persaraan beliau bersama isteri tercinta.

18 June 2011

Kedaifan di dalam sebuah yang bergelar negeri maju



Semalam nenek kebayan ke satu rumah yang begitu daif kehidupan si penghuninya.Tersentuh hati nenek kebayan . Bagaimanakah mereka ini melalui kehidupan sebegini. Tanpa bekalan elektrik hanya berbekalkan pelita untuk menerangi di malam hari dan ketika anak-anak belajar.
 Kadang-kadang nenek kebayan terfikir manakah YB, Pengerusi JKK, ataupun Ketua UMNO dan AJK kawasan berkenaan. Tak ada tindakan apa-apa ke untuk membantu si penghuni ini. Mana kebajikan yang dilaung-laungkan dan mana bantuan yang sepatutnya dihulurkan. Di dalam kita mengejar  pembangunan,  untuk menjadi negara maju  tapi kita lupa kebajikan rakyat kita. Kesusahan dan keperitan yang mereka alami. Ini ditambah dengan kenaikan harga barang makanan. Di manakah sumber yang mereka akan perolehi untuk mengisi perut keluarga terutama anak-anak mereka.
Pernahkah mereka terfikir tentang nasib malang anak-anak ini.  Tiada pembelaan dan seolah-olah tercampak di daerah sendiri.
Lihat saja keadaan rumah mereka yang dapat nenek kebayan rakamkan petang semalam.
Sama-samalah kita fikirkan......




 Tempat mandi 

 Tempat belajar anak-anak

07 June 2011

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Setiap manusia ada angan-angan, impian dan cita-cita. Setiap satu mempunyai kelainan maksudnya. Adakah kesemuanya itu akan  tercapai. Untuk mencapainya bukanlah satu perkara yang mudah. Perlukan kekuatan fizikal dan mental yang mantap.  

Hari ini nenek kebayan terlihat satu paparan di dalam You Tube, "Korean Got Talent". Begitu teruja nenek kebayan melihatkan seorang remaja lelaki yang tinggal di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun dan ketika umur 5 tahun beliau lari dari rumah tersebut kerana dibuli oleh rakan-rakan. Sejak itu beliau hanya tidur di tangga-tangga atau di tandas awam. Walaupun tanpa mempunyai pengetahuan asas tentang muzik, remaja ini berjaya memperlihatkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan sentiasa berlatih sendiri dan mempunyai keazaman untuk menyanyi dengan baik.





Apa yang nenek kebayan ingin  perkatakan di sini, adalah anak-anak lihatlah, jangan jadikan kekurangan yang ada pada diri anak-anak sebagai batu penghalang untuk berjaya. Jangan persoalkan keluarga anak-anak miskin maka anak-anak tidak boleh berjaya. Ada yang jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk berhenti sekolah atau tidak dapat meneruskan pengajian. Seperti kata perpatah, "Hendak seribu daya tak nak seribu dalih". 

Anak-anak, ingatlah kalau nak mencapai impian atau cita-cita, perlukan pergorbanan yang cukup besar dalam diri anak-anak semua. Jangan patah semangat, teruskan berusaha hingga angan-angan, impian dan cita-cita anak-anak menjadi kenyataan.

Bersyukur kepada Allah


Sudah masuk minggu kedua cuti persekolahan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Cuti kali ini memang nenek kebayan nak gunakan untuk merehatkan badan dan minda. Mungkin faktor usia, seringkali nenek kebayan terasa cepat letih dan penat. Lagipun cepat benar mengalami stress di tempat kerja. Hinggakan tekanan darah nenek kebayan selalu saja meningkat. 
Sambil berehat, nenek kebayan layari FB. Melihat rakan-rakan di FB.Tiba-tiba nenek kebayan terlihat satu ceramah melalui You Tube. Walaupun ceramah pendek tetapi begitu menyentuh perasaan nenek kebayan. Ceramah ini disampaikan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Ramai orang termasuk nenek kebayan kadang-kadang lupa bersyukur atas nikmat dan apa yang telah yang Allah s.w.t beri kepada kita.Kita cuma akan menyedari kepentingannya bila kita telah kehilangannya. 
Di sini nenek kebayan paparkan untuk peringatan kita semua. Semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan dan usahakan. Amin.....


28 May 2011


ecard

SELAMAT HARI GURU 

BUAT SEMUA GURU-GURU DI MANA JUA BERADA.

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN"

Fikir-fikirkanlah.....

Cuaca di dewan ini terlalu panas. Tadi baru saja habis program kepenggunaan untuk pelajar Tingkatan 1.  Nak buat sesi kaunseling pun tak dapat. Lepas tu sambung program orientasi pelajar Form 6. Bilalah agaknya kami nak dapat bilik kaunseling yang kondusif.
 Nenek kebayan kesian dengan pelajar yang nak datang bilik kaunseling untuk mendapat perkhidmatan kaunseling, Tidak ada privacy langsung dengan  cuaca yang panas. Putaran kipas angin pun dah tak terasa akibat bahang panas yang masuk ke dalam dewan. Nenek kebayan pun kadang-kadang berpeluh-peluh semasa menjalankan sesi. kepada pelajar,
 Nenek kebayan pun heran kenapa perkhidmatan kaunseling dianggap remeh- temeh. Sedangkan staff kat pejabat semuanya duduk bawah air-cond. Nenek kebayan pun rasa tak patut perkara begini  berlaku di sekolah kami yang bergelar sekolah bestari.

08 May 2011

Selamat Hari Ibu!

Sudah lama nenek kebayan tidak menulis. Ini disebabkan kekangan masa. Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan mahupun di rumah atau di sekolah. Hari ini entah kenapa nenek kebayan ingin menulis semula. Semalam dan hari ini nenek kebayan menerima ucapan "Hari Ibu" sama ada dari anak-anak nenek kebayan dan juga dari rakan-rakan. Ingatan nenek kebayan kembali kepada kenangan nenek kebayan bersama ibu tersayang yang telah lama meninggalkan nenek kebayan. 
Anak-anak ingatlah selagi ibu kita masih ada. jagalah hatinya dan berbuat baiklah kepada mereka. 
Di sini nenek kebayan ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat semua ibu-ibu di dunia ini.




ShoutMix chat widget
[close]