02 January 2012
Tahun Baru Azam Baru
Hari ini hari ke 3 Tahun Baru 2012. Dah lama aku berhenti menulis. Bukan kekeringan idea tapi cuma masa untuk aku menulis agak terbatas. Banyak benda yang perlu aku lakukan. Entah kenapa pagi ini, aku teringin menulis semula. Waktu sekarang baru pukul 5.22 pagi. Dari pukul 3 pagi tadi, aku terjaga dari tidur untuk menyiapkan segala tugasan yang belum selesai. Pagi ini aku akan ke sekolah kerana ada majlis pendaftaran Tingkatan 1. Hari persekolahan akan bermula Rabu ini. Ini menunjukkan kesibukan aku akan berulang kembali. Begitulah kehidupan aku sebagai seorang kaunselor sekolah. Lepas ini lebih banyak lagi tugas menunggu aku.
Aku akan berusaha menjalan tugas dengan sebaik mungkin. Tahun Baru Azam Baru.
Aku akan berusaha menjalan tugas dengan sebaik mungkin. Tahun Baru Azam Baru.
22 July 2011
27 June 2011
SELAMAT BERSARA MR MAK HENG POI
Mr Mak printer dah rosak....
Mr Mak macam mana ni, password saya dah lupa....
Mr Mak ink dah habis...
Itulah antara kata-kata yang sering didengari di bilik guru
Tapi kini semua itu tidak kedengaran lagi.
Guru-guru terpaksa bertindak sendiri.
Ada juga yang berkata itulah kalau ada Mr Mak semuanya beres..
Begitulah terkenalnya nama Mr Mak Heng Poi di kalangan guru-guru SMKDDS.
Orangnya lembut dan mudah melemparkan senyuman
Malah seorang guru yang begitu prihatin dengan rakan-rakan sekerja.
Sentiasa membantu rakan-rakan terutama dalam bidang ICT.
Selain dari itu beliau juga dikenali kecintaannya terhadap binatang
Bila beliau tiba di sekolah, kucing-kucing mengikuti beliau.
Kucing-kucing amat mengenali Mr Mak kerana beliau sering menyediakan makan untuk mereka.
Begitu juga dengan ikan-ikan di kolam tentu merindui Mr Mak.
Harapan saya pada Mr Mak Heng Poi semoga beliau sentiasa sehat dan gembira selalu selepas persaraan beliau bersama isteri tercinta.
Mr Mak macam mana ni, password saya dah lupa....
Mr Mak ink dah habis...
Itulah antara kata-kata yang sering didengari di bilik guru
Tapi kini semua itu tidak kedengaran lagi.
Guru-guru terpaksa bertindak sendiri.
Ada juga yang berkata itulah kalau ada Mr Mak semuanya beres..
Begitulah terkenalnya nama Mr Mak Heng Poi di kalangan guru-guru SMKDDS.
Orangnya lembut dan mudah melemparkan senyuman
Malah seorang guru yang begitu prihatin dengan rakan-rakan sekerja.
Sentiasa membantu rakan-rakan terutama dalam bidang ICT.
Selain dari itu beliau juga dikenali kecintaannya terhadap binatang
Bila beliau tiba di sekolah, kucing-kucing mengikuti beliau.
Kucing-kucing amat mengenali Mr Mak kerana beliau sering menyediakan makan untuk mereka.
Begitu juga dengan ikan-ikan di kolam tentu merindui Mr Mak.
18 June 2011
Kedaifan di dalam sebuah yang bergelar negeri maju
Semalam nenek kebayan ke satu rumah yang begitu daif kehidupan si penghuninya.Tersentuh hati nenek kebayan . Bagaimanakah mereka ini melalui kehidupan sebegini. Tanpa bekalan elektrik hanya berbekalkan pelita untuk menerangi di malam hari dan ketika anak-anak belajar.
Kadang-kadang nenek kebayan terfikir manakah YB, Pengerusi JKK, ataupun Ketua UMNO dan AJK kawasan berkenaan. Tak ada tindakan apa-apa ke untuk membantu si penghuni ini. Mana kebajikan yang dilaung-laungkan dan mana bantuan yang sepatutnya dihulurkan. Di dalam kita mengejar pembangunan, untuk menjadi negara maju tapi kita lupa kebajikan rakyat kita. Kesusahan dan keperitan yang mereka alami. Ini ditambah dengan kenaikan harga barang makanan. Di manakah sumber yang mereka akan perolehi untuk mengisi perut keluarga terutama anak-anak mereka.
Pernahkah mereka terfikir tentang nasib malang anak-anak ini. Tiada pembelaan dan seolah-olah tercampak di daerah sendiri.
Lihat saja keadaan rumah mereka yang dapat nenek kebayan rakamkan petang semalam.
Sama-samalah kita fikirkan......
Tempat mandi
Tempat belajar anak-anak
Subscribe to:
Posts (Atom)



