07 June 2011

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Setiap manusia ada angan-angan, impian dan cita-cita. Setiap satu mempunyai kelainan maksudnya. Adakah kesemuanya itu akan  tercapai. Untuk mencapainya bukanlah satu perkara yang mudah. Perlukan kekuatan fizikal dan mental yang mantap.  

Hari ini nenek kebayan terlihat satu paparan di dalam You Tube, "Korean Got Talent". Begitu teruja nenek kebayan melihatkan seorang remaja lelaki yang tinggal di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun dan ketika umur 5 tahun beliau lari dari rumah tersebut kerana dibuli oleh rakan-rakan. Sejak itu beliau hanya tidur di tangga-tangga atau di tandas awam. Walaupun tanpa mempunyai pengetahuan asas tentang muzik, remaja ini berjaya memperlihatkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan sentiasa berlatih sendiri dan mempunyai keazaman untuk menyanyi dengan baik.





Apa yang nenek kebayan ingin  perkatakan di sini, adalah anak-anak lihatlah, jangan jadikan kekurangan yang ada pada diri anak-anak sebagai batu penghalang untuk berjaya. Jangan persoalkan keluarga anak-anak miskin maka anak-anak tidak boleh berjaya. Ada yang jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk berhenti sekolah atau tidak dapat meneruskan pengajian. Seperti kata perpatah, "Hendak seribu daya tak nak seribu dalih". 

Anak-anak, ingatlah kalau nak mencapai impian atau cita-cita, perlukan pergorbanan yang cukup besar dalam diri anak-anak semua. Jangan patah semangat, teruskan berusaha hingga angan-angan, impian dan cita-cita anak-anak menjadi kenyataan.

Bersyukur kepada Allah


Sudah masuk minggu kedua cuti persekolahan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Cuti kali ini memang nenek kebayan nak gunakan untuk merehatkan badan dan minda. Mungkin faktor usia, seringkali nenek kebayan terasa cepat letih dan penat. Lagipun cepat benar mengalami stress di tempat kerja. Hinggakan tekanan darah nenek kebayan selalu saja meningkat. 
Sambil berehat, nenek kebayan layari FB. Melihat rakan-rakan di FB.Tiba-tiba nenek kebayan terlihat satu ceramah melalui You Tube. Walaupun ceramah pendek tetapi begitu menyentuh perasaan nenek kebayan. Ceramah ini disampaikan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Ramai orang termasuk nenek kebayan kadang-kadang lupa bersyukur atas nikmat dan apa yang telah yang Allah s.w.t beri kepada kita.Kita cuma akan menyedari kepentingannya bila kita telah kehilangannya. 
Di sini nenek kebayan paparkan untuk peringatan kita semua. Semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan dan usahakan. Amin.....



ShoutMix chat widget
[close]