24 September 2010

TERIMAKASIH BUAT SEMUA

Terima kasih buat semua yang mengingati dan mengucapkan Selamat Harilahir kepada nenek kebayan.
Sudah bertambah setahun umur nenek kebayan bermakna nenek kebayan dah semakin tua.
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan dan memberi hidayahNya buat nenek kebayan dan keluarga. Dengan bertambahnya umur nenek kebayan ini, juga diharapkan keimanan dan ketakwaan nenek kebayan juga akan bertambah.

20 September 2010

SELAMAT BERJAYA

Hari ini Alysha menduduki peperiksaan UPSR . 
Doa mak buat Alysha, buat yang terbaik.
Mak doakan semoga Alysha berjaya dengan cemerlang. 
Keep in mind that we always be with you 
and 
We love you so much.

Dari mak, ayah, kak long, kak ngah dan  kak chik.

19 September 2010

DOA BUAT ANAKKU

Dua hari lagi semua pelajar Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR. 
Hati nenek kebayan terasa berdebar sebab anak nenek kebayan juga akan menghadapi peperiksaan tersebut.
 Nenek kebayan berharap beliau dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Begitulah perasaan nenek kebayan setiap kali anak nenek kebayan hendak mengambil peperiksaan. 


Di sini nenek kebayan ingin mengucapkan 'Selamat Berjaya' kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. 
Harapan nenek kebayan kepada semua pembaca blog  agar turut sama-sama mendoakan kejayaan untuk anak nenek kebayan.

NUR ALYSHA

12 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Sudah lama nenek kebayan tak menulis dalam blog. Pagi ini nenek kebayan ambil masa sekejap untuk menulis sambil menunggu tetamu datang beraya kat rumah. Hari ini masuk hari ke 4 hari raya. 
Suasana hari raya masih terasa. Lepas ni nenek kebayan nak hantar anak nenek kebayan yang bongsu ke rumah kawannya untuk beraya.
Kalau zaman dolu-dolu biasanya anak-anak beraya bersama kawan-kawan tanpa perhatian dari ibubapa mereka tapi hari ni nenek kebayan rasa eloklah kalau ibubapa melihat pergerakan anak-anak.
Bukan nak mengawal mereka tetapi memandangkan zaman sekarang, pelbagai jenayah yang berlaku di sekeliling kita, amat menakutkan.
Dalam sekelip mata anak-anak boleh hilang entah ke mana.....diculik, dirogol dan sebagainya. Tak taulah nenek kebayan apa nak jadi manusia zaman sekarang.
Sanggup lakukan apa saja untuk kepentingan diri mereka tanpa menghirau perbuatan mereka 
salah atau tidak. 
Tidak ada perikemanusiaan langsung.
Berbalik hari raya tahun ini, nenek kebayan rasa banyak kekurangannya. Sebab tahun ini, bukan sahaja nenek kebayan tidak dapat beraya dengan ibubapa nenek kebayan tetapi juga mak mertua nenek kebayan. Nenek kebayan terasa amat sangat dengan kehilangan mereka semua. 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua. Amin.....
Di sini nenek kebayan juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua kenalan atau siapa saja yang membaca blog nenek kebayan ini.


16 August 2010

Terimakasih kepada semua

Beberapa minggu ni, nenek kebayan rasa kurang sihat. Kaki kiri nenek kebayan terasa sakit terutama bila berjalan. Rakan-rakan dan anak-anak nenek kebayan nasihatkan nenek kebayan supaya segera mendapatkan rawatan. Ntah kenapa nenek kebayan ni susah sangat nak ke hospital.

Malam tadi kaki ni asyik berdenyut-denyut. So nenek kebayan ambil keputusan ikut aje nasihat mereka.
Pagi tadi nenek kebayan call boss, nenek tak dapat pegi keje. 

Setelah diperiksa oleh HA, rupa-rupa jari nenek kebayan ada sedikit retak dan di tumit pula ada ketuat yang dah keras. Apa lagi jari nenek kebayan diikat supaya tidak bergerak dan ketuat tersebut di potong. Alhamdullilah semuanya selamat.

Terimakasih kepada semua yang sentiasa nasihatkan nenek kebayan. Juga kepada nurse dan HA di hospital Alor Gajah kerana layanan yang baik untuk nenek kebayan.

ShoutMix chat widget
[close]