16 August 2010

Terimakasih kepada semua

Beberapa minggu ni, nenek kebayan rasa kurang sihat. Kaki kiri nenek kebayan terasa sakit terutama bila berjalan. Rakan-rakan dan anak-anak nenek kebayan nasihatkan nenek kebayan supaya segera mendapatkan rawatan. Ntah kenapa nenek kebayan ni susah sangat nak ke hospital.

Malam tadi kaki ni asyik berdenyut-denyut. So nenek kebayan ambil keputusan ikut aje nasihat mereka.
Pagi tadi nenek kebayan call boss, nenek tak dapat pegi keje. 

Setelah diperiksa oleh HA, rupa-rupa jari nenek kebayan ada sedikit retak dan di tumit pula ada ketuat yang dah keras. Apa lagi jari nenek kebayan diikat supaya tidak bergerak dan ketuat tersebut di potong. Alhamdullilah semuanya selamat.

Terimakasih kepada semua yang sentiasa nasihatkan nenek kebayan. Juga kepada nurse dan HA di hospital Alor Gajah kerana layanan yang baik untuk nenek kebayan.

04 August 2010

DOA DAN HARAPAN

Malam tadi nenek kebayan terima sms dari seorang pelajar. Pelajar ini telah berjaya mendapat tempat di salah sebuah universiti di India dalam bidang perubatan.Pelajar ini lepasan matrikulasi dan sedang belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Trengganu.

SMSnya berbunyi: "Insyallah saya tidak akan sesekali melupai jasa mak saya dan juga cikgu sebab banyak tolong saya. Saya dah tak ada ayah 13 tahun dah...apapun saya akan buat yang terbaik demi agama, diri saya dan adik beradik saya dan semua yang saya sayangi. Masa salam dengan mak saya tadi pun saya dah sebak....dan saya tahu saya kena jugak jadi seorang doktor."

Bila nenek kebayan baca mesej tu, nenek kebayan terasa begitu sebak dan teruja. Suami nenek kebayan yang berada di sebelah pun termenung jauh....  Alang gembiranya nenek kebayan kerana walaupun pertolongan kami tak seberapa tetapi nenek kebayan bersyukur kerana dapat membantu dan mengembirakan seorang insan yang begitu mengharapkan peluang ini.

Untuk Mohamad Azhar, cikgu dan keluarga mendoakan semoga semua perkara yang diuruskan sebelum berangkat ke India akan berjalan dengan lancar. Belajar rajin-rajin, jangan lupa ibu di kampung. Bila dah dapat gelaran doktor nanti jangan lupa cikgu kat Melaka. Mungkin Azhar tak kenal cikgu, tapi cikgu sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaan Azhar dan rakan-rakan yang terpilih meneruskan pengajian perubatan di Belgamm.

14 July 2010

Serba Boleh

Hari ini sekolah nenek kebayan sibuk betul.
Selain mengajar, guru-guru terpaksa menyiapkan persiapan untuk majlis Hi-Tea pada hari Sabtu ini. Di padang guru-guru dan pekerja sedang memasang khemah. Di bilik guru pula, guru-guru sibuk menyiapkan bungga manggar.Di dewan pula pelajar-pelajar sibuk membuat persiapan terakhir untuk majlis ini.
Nenek kebayan dan rakan-rakan kaunselor lain  pun pening juga sebab nak uruskan IPTS yang akan membuka booth masing-masing pada hari tu.,
Huh, macam nak buat kerja kahwin, semua orang sibuk. Itulah tugas seorang guru, semua kerja terpaksa dilakukan.



Seorang guru boleh pegang berbagai-bagai jawatan.
Guru boleh jadi sebagai tukang kebun bila ada gotong-royong perdana, boleh juga jadi sebagai seorang kerani bila nak buat kertas kerja atau nak pungut yuran dan pendaftaran pelajar serta menaip surat kepada ibubapa,  pencegah maksiat bila ada pelajar berkhalwat, jaga/security guard bila di waktu pagi dan waktu tengahari semasa pelajar nak keluar dan masuk ke dalam  kawasan sekolah, polis bila menangkap pelajar yang menghisap rokok atau lari dari sekolah, doktor bila merawat pelajar sakit, jadi lawyer bila parents soal, majistret bila pelajar gaduh, nujum bila pelajar minta nasihat atau kehilangan barang-barang.



 
Adakah anda terfikir jawatan manakah dalam dunia ini yang boleh buat macam cikgu???



12 July 2010

My daughters

 My daughters are precious gift from Allah.
They are everything to me.
And I would do anything to protect them
They grow up so quickly.
I want my children to grow up to be responsible adults. 
I want them to learn to feel, think, and act with respect
for themselves and for other people.
My daughters have always had  a closer relationship with me. 
They will listen to my advice most of the time.
Now, my daughters had  boyfriends and  busy social life with her buddies from universities.
 I understand and try to accept this.
Their lives are blossoming and it is only natural, very natural for them to want to socialise with their friends.



K

02 July 2010

Sembang Petang

Ketika ini nenek kebayan berada di asrama anak nenek kebayan. Sambil mereka berbual-bual sesama mereka, nenek kebayan ambil peluang menulis blog ini.
Nenek kebayan rasa, dah lama nenek kebayan tak menulis. 
Dalam minggu ni, nenek kebayan agak sibuk sikit dengan kerja di sekolah. Balik rumah dah letih pula, So I need to take a rest. 
Tadi pun balik je dari sekolah terus sediakan masakan untuk di bawa ke sini. Itulah perasaan seorang ibu, apa-apa pun mesti teringat kat anak-anak. 
Lepas ni rumah nenek kebayan tentu sunyi.
Hanya tinggal nenek kebayan, suami dan Alysha anak ke 4 nenek kebayan.

Nenek kebayan sentiasa menunggu musim cuti semester. 
Masa nilah nenek kebayan dapat bersama-sama dengan kesemua anak-anak. 
Tapi walau bagaimanapun, nenek kebayan terpaksa akur dengan keadaan. 
Mereka pun pergi kerana belajar. 
Nenek kebayan sentiasa doakan mereka sentiasa sihat, selamat dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran mereka.


We should know that education is important.  It equips us all that is needed to make our dream come true. It fetches better prospects in career and growth. 
It can also build individual  a confidence to take decisions, to face the life and to accept sucesses and failures.






ShoutMix chat widget
[close]