12 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Sudah lama nenek kebayan tak menulis dalam blog. Pagi ini nenek kebayan ambil masa sekejap untuk menulis sambil menunggu tetamu datang beraya kat rumah. Hari ini masuk hari ke 4 hari raya. 
Suasana hari raya masih terasa. Lepas ni nenek kebayan nak hantar anak nenek kebayan yang bongsu ke rumah kawannya untuk beraya.
Kalau zaman dolu-dolu biasanya anak-anak beraya bersama kawan-kawan tanpa perhatian dari ibubapa mereka tapi hari ni nenek kebayan rasa eloklah kalau ibubapa melihat pergerakan anak-anak.
Bukan nak mengawal mereka tetapi memandangkan zaman sekarang, pelbagai jenayah yang berlaku di sekeliling kita, amat menakutkan.
Dalam sekelip mata anak-anak boleh hilang entah ke mana.....diculik, dirogol dan sebagainya. Tak taulah nenek kebayan apa nak jadi manusia zaman sekarang.
Sanggup lakukan apa saja untuk kepentingan diri mereka tanpa menghirau perbuatan mereka 
salah atau tidak. 
Tidak ada perikemanusiaan langsung.
Berbalik hari raya tahun ini, nenek kebayan rasa banyak kekurangannya. Sebab tahun ini, bukan sahaja nenek kebayan tidak dapat beraya dengan ibubapa nenek kebayan tetapi juga mak mertua nenek kebayan. Nenek kebayan terasa amat sangat dengan kehilangan mereka semua. 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua. Amin.....
Di sini nenek kebayan juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua kenalan atau siapa saja yang membaca blog nenek kebayan ini.


16 August 2010

Terimakasih kepada semua

Beberapa minggu ni, nenek kebayan rasa kurang sihat. Kaki kiri nenek kebayan terasa sakit terutama bila berjalan. Rakan-rakan dan anak-anak nenek kebayan nasihatkan nenek kebayan supaya segera mendapatkan rawatan. Ntah kenapa nenek kebayan ni susah sangat nak ke hospital.

Malam tadi kaki ni asyik berdenyut-denyut. So nenek kebayan ambil keputusan ikut aje nasihat mereka.
Pagi tadi nenek kebayan call boss, nenek tak dapat pegi keje. 

Setelah diperiksa oleh HA, rupa-rupa jari nenek kebayan ada sedikit retak dan di tumit pula ada ketuat yang dah keras. Apa lagi jari nenek kebayan diikat supaya tidak bergerak dan ketuat tersebut di potong. Alhamdullilah semuanya selamat.

Terimakasih kepada semua yang sentiasa nasihatkan nenek kebayan. Juga kepada nurse dan HA di hospital Alor Gajah kerana layanan yang baik untuk nenek kebayan.

04 August 2010

DOA DAN HARAPAN

Malam tadi nenek kebayan terima sms dari seorang pelajar. Pelajar ini telah berjaya mendapat tempat di salah sebuah universiti di India dalam bidang perubatan.Pelajar ini lepasan matrikulasi dan sedang belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Trengganu.

SMSnya berbunyi: "Insyallah saya tidak akan sesekali melupai jasa mak saya dan juga cikgu sebab banyak tolong saya. Saya dah tak ada ayah 13 tahun dah...apapun saya akan buat yang terbaik demi agama, diri saya dan adik beradik saya dan semua yang saya sayangi. Masa salam dengan mak saya tadi pun saya dah sebak....dan saya tahu saya kena jugak jadi seorang doktor."

Bila nenek kebayan baca mesej tu, nenek kebayan terasa begitu sebak dan teruja. Suami nenek kebayan yang berada di sebelah pun termenung jauh....  Alang gembiranya nenek kebayan kerana walaupun pertolongan kami tak seberapa tetapi nenek kebayan bersyukur kerana dapat membantu dan mengembirakan seorang insan yang begitu mengharapkan peluang ini.

Untuk Mohamad Azhar, cikgu dan keluarga mendoakan semoga semua perkara yang diuruskan sebelum berangkat ke India akan berjalan dengan lancar. Belajar rajin-rajin, jangan lupa ibu di kampung. Bila dah dapat gelaran doktor nanti jangan lupa cikgu kat Melaka. Mungkin Azhar tak kenal cikgu, tapi cikgu sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaan Azhar dan rakan-rakan yang terpilih meneruskan pengajian perubatan di Belgamm.

14 July 2010

Serba Boleh

Hari ini sekolah nenek kebayan sibuk betul.
Selain mengajar, guru-guru terpaksa menyiapkan persiapan untuk majlis Hi-Tea pada hari Sabtu ini. Di padang guru-guru dan pekerja sedang memasang khemah. Di bilik guru pula, guru-guru sibuk menyiapkan bungga manggar.Di dewan pula pelajar-pelajar sibuk membuat persiapan terakhir untuk majlis ini.
Nenek kebayan dan rakan-rakan kaunselor lain  pun pening juga sebab nak uruskan IPTS yang akan membuka booth masing-masing pada hari tu.,
Huh, macam nak buat kerja kahwin, semua orang sibuk. Itulah tugas seorang guru, semua kerja terpaksa dilakukan.



Seorang guru boleh pegang berbagai-bagai jawatan.
Guru boleh jadi sebagai tukang kebun bila ada gotong-royong perdana, boleh juga jadi sebagai seorang kerani bila nak buat kertas kerja atau nak pungut yuran dan pendaftaran pelajar serta menaip surat kepada ibubapa,  pencegah maksiat bila ada pelajar berkhalwat, jaga/security guard bila di waktu pagi dan waktu tengahari semasa pelajar nak keluar dan masuk ke dalam  kawasan sekolah, polis bila menangkap pelajar yang menghisap rokok atau lari dari sekolah, doktor bila merawat pelajar sakit, jadi lawyer bila parents soal, majistret bila pelajar gaduh, nujum bila pelajar minta nasihat atau kehilangan barang-barang.



 
Adakah anda terfikir jawatan manakah dalam dunia ini yang boleh buat macam cikgu???



12 July 2010

My daughters

 My daughters are precious gift from Allah.
They are everything to me.
And I would do anything to protect them
They grow up so quickly.
I want my children to grow up to be responsible adults. 
I want them to learn to feel, think, and act with respect
for themselves and for other people.
My daughters have always had  a closer relationship with me. 
They will listen to my advice most of the time.
Now, my daughters had  boyfriends and  busy social life with her buddies from universities.
 I understand and try to accept this.
Their lives are blossoming and it is only natural, very natural for them to want to socialise with their friends.



K

ShoutMix chat widget
[close]