03 March 2013

Sekitar lawatan ke Vietnam

Menaiki Air Asia di LCCT

Di Bandar Ho Chi Min

Lawatan ke pulau menaiki speed boat

Berada di Pulau Honey Bee

Di dalam terowong ke "Fighting Field"

Di Airport
Hotel penginapan

Di tempat hasil kraf OKU

Bersama rakan-rakan 

05 December 2012

LAWATAN KE PULAU BESAR.





Kami menaiki boat di jeti  Medan Ikan Bakar.
Perjalanan dengan menaiki "speed boat" cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Ini lawatan kami yang ke 3. 

Pertunangan anakku Nur Izzati


Akhirnya 2 Disember 2012 datang jua. Hari yang dinantikan oleh kami semua. Pertunangan anak sulungku, Nur Izzati binti Mohamad Anuar dengan Roslan Effandy bin Mohd Ali. Walaupun aku dan suami terlalu sibuk dan penat, tetapi di dalam hati kami memanjat kesyukuran kepadaNya kerana majlis berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh sanak saudara.


Perbincangan di antara pihak perempuan dan lelaki


Hantaran dari pihak perempuan

Tetamu yang hadir


27 March 2012

ABAH


ABAH,


You will always be the best father to us.
 It is our greatest honour to be your children.
We want to say, 
Thank you for everything.
We love you now and forever.
You're our most respected and beloved father!

​

02 January 2012

music theraphy

Ayat Al Kursi

Tahun Baru Azam Baru

Hari ini hari ke 3 Tahun Baru 2012. Dah lama aku berhenti menulis. Bukan kekeringan idea tapi cuma masa untuk aku menulis agak terbatas. Banyak benda yang perlu aku lakukan. Entah kenapa pagi ini, aku teringin menulis semula. Waktu sekarang baru pukul 5.22 pagi. Dari pukul 3 pagi tadi,  aku terjaga dari tidur untuk menyiapkan segala tugasan yang belum selesai. Pagi ini aku akan ke sekolah kerana ada majlis pendaftaran Tingkatan 1. Hari persekolahan akan bermula Rabu ini. Ini menunjukkan kesibukan aku akan berulang kembali. Begitulah kehidupan aku sebagai seorang kaunselor sekolah. Lepas ini lebih banyak lagi tugas menunggu aku. 
Aku akan berusaha menjalan tugas dengan sebaik mungkin. Tahun Baru Azam Baru.

22 July 2011

27 June 2011

SELAMAT BERSARA MR MAK HENG POI

Mr Mak printer dah rosak....
Mr Mak macam mana ni, password saya dah lupa....
Mr Mak ink dah habis...
Itulah antara kata-kata yang sering didengari di bilik guru
Tapi kini semua itu tidak kedengaran lagi.
Guru-guru terpaksa bertindak sendiri.
Ada juga yang berkata itulah kalau ada Mr Mak semuanya beres..


Begitulah terkenalnya nama Mr Mak Heng Poi di kalangan guru-guru SMKDDS.
Orangnya lembut dan mudah melemparkan senyuman
Malah seorang guru yang begitu prihatin dengan rakan-rakan sekerja.
Sentiasa membantu rakan-rakan terutama dalam bidang ICT.


Selain dari itu beliau juga dikenali kecintaannya terhadap binatang
Bila beliau tiba di sekolah, kucing-kucing mengikuti beliau.
Kucing-kucing amat mengenali Mr Mak kerana beliau sering menyediakan makan untuk mereka.
Begitu juga dengan ikan-ikan di kolam tentu merindui Mr Mak.




Harapan saya pada Mr Mak Heng Poi semoga beliau sentiasa sehat dan gembira selalu selepas persaraan beliau bersama isteri tercinta.

18 June 2011

Kedaifan di dalam sebuah yang bergelar negeri maju



Semalam nenek kebayan ke satu rumah yang begitu daif kehidupan si penghuninya.Tersentuh hati nenek kebayan . Bagaimanakah mereka ini melalui kehidupan sebegini. Tanpa bekalan elektrik hanya berbekalkan pelita untuk menerangi di malam hari dan ketika anak-anak belajar.
 Kadang-kadang nenek kebayan terfikir manakah YB, Pengerusi JKK, ataupun Ketua UMNO dan AJK kawasan berkenaan. Tak ada tindakan apa-apa ke untuk membantu si penghuni ini. Mana kebajikan yang dilaung-laungkan dan mana bantuan yang sepatutnya dihulurkan. Di dalam kita mengejar  pembangunan,  untuk menjadi negara maju  tapi kita lupa kebajikan rakyat kita. Kesusahan dan keperitan yang mereka alami. Ini ditambah dengan kenaikan harga barang makanan. Di manakah sumber yang mereka akan perolehi untuk mengisi perut keluarga terutama anak-anak mereka.
Pernahkah mereka terfikir tentang nasib malang anak-anak ini.  Tiada pembelaan dan seolah-olah tercampak di daerah sendiri.
Lihat saja keadaan rumah mereka yang dapat nenek kebayan rakamkan petang semalam.
Sama-samalah kita fikirkan......




 Tempat mandi 

 Tempat belajar anak-anak

07 June 2011

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Setiap manusia ada angan-angan, impian dan cita-cita. Setiap satu mempunyai kelainan maksudnya. Adakah kesemuanya itu akan  tercapai. Untuk mencapainya bukanlah satu perkara yang mudah. Perlukan kekuatan fizikal dan mental yang mantap.  

Hari ini nenek kebayan terlihat satu paparan di dalam You Tube, "Korean Got Talent". Begitu teruja nenek kebayan melihatkan seorang remaja lelaki yang tinggal di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun dan ketika umur 5 tahun beliau lari dari rumah tersebut kerana dibuli oleh rakan-rakan. Sejak itu beliau hanya tidur di tangga-tangga atau di tandas awam. Walaupun tanpa mempunyai pengetahuan asas tentang muzik, remaja ini berjaya memperlihatkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan sentiasa berlatih sendiri dan mempunyai keazaman untuk menyanyi dengan baik.





Apa yang nenek kebayan ingin  perkatakan di sini, adalah anak-anak lihatlah, jangan jadikan kekurangan yang ada pada diri anak-anak sebagai batu penghalang untuk berjaya. Jangan persoalkan keluarga anak-anak miskin maka anak-anak tidak boleh berjaya. Ada yang jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk berhenti sekolah atau tidak dapat meneruskan pengajian. Seperti kata perpatah, "Hendak seribu daya tak nak seribu dalih". 

Anak-anak, ingatlah kalau nak mencapai impian atau cita-cita, perlukan pergorbanan yang cukup besar dalam diri anak-anak semua. Jangan patah semangat, teruskan berusaha hingga angan-angan, impian dan cita-cita anak-anak menjadi kenyataan.

Bersyukur kepada Allah


Sudah masuk minggu kedua cuti persekolahan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Cuti kali ini memang nenek kebayan nak gunakan untuk merehatkan badan dan minda. Mungkin faktor usia, seringkali nenek kebayan terasa cepat letih dan penat. Lagipun cepat benar mengalami stress di tempat kerja. Hinggakan tekanan darah nenek kebayan selalu saja meningkat. 
Sambil berehat, nenek kebayan layari FB. Melihat rakan-rakan di FB.Tiba-tiba nenek kebayan terlihat satu ceramah melalui You Tube. Walaupun ceramah pendek tetapi begitu menyentuh perasaan nenek kebayan. Ceramah ini disampaikan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Ramai orang termasuk nenek kebayan kadang-kadang lupa bersyukur atas nikmat dan apa yang telah yang Allah s.w.t beri kepada kita.Kita cuma akan menyedari kepentingannya bila kita telah kehilangannya. 
Di sini nenek kebayan paparkan untuk peringatan kita semua. Semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan dan usahakan. Amin.....


28 May 2011


ecard

SELAMAT HARI GURU 

BUAT SEMUA GURU-GURU DI MANA JUA BERADA.

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN"

Fikir-fikirkanlah.....

Cuaca di dewan ini terlalu panas. Tadi baru saja habis program kepenggunaan untuk pelajar Tingkatan 1.  Nak buat sesi kaunseling pun tak dapat. Lepas tu sambung program orientasi pelajar Form 6. Bilalah agaknya kami nak dapat bilik kaunseling yang kondusif.
 Nenek kebayan kesian dengan pelajar yang nak datang bilik kaunseling untuk mendapat perkhidmatan kaunseling, Tidak ada privacy langsung dengan  cuaca yang panas. Putaran kipas angin pun dah tak terasa akibat bahang panas yang masuk ke dalam dewan. Nenek kebayan pun kadang-kadang berpeluh-peluh semasa menjalankan sesi. kepada pelajar,
 Nenek kebayan pun heran kenapa perkhidmatan kaunseling dianggap remeh- temeh. Sedangkan staff kat pejabat semuanya duduk bawah air-cond. Nenek kebayan pun rasa tak patut perkara begini  berlaku di sekolah kami yang bergelar sekolah bestari.

08 May 2011

Selamat Hari Ibu!

Sudah lama nenek kebayan tidak menulis. Ini disebabkan kekangan masa. Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan mahupun di rumah atau di sekolah. Hari ini entah kenapa nenek kebayan ingin menulis semula. Semalam dan hari ini nenek kebayan menerima ucapan "Hari Ibu" sama ada dari anak-anak nenek kebayan dan juga dari rakan-rakan. Ingatan nenek kebayan kembali kepada kenangan nenek kebayan bersama ibu tersayang yang telah lama meninggalkan nenek kebayan. 
Anak-anak ingatlah selagi ibu kita masih ada. jagalah hatinya dan berbuat baiklah kepada mereka. 
Di sini nenek kebayan ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat semua ibu-ibu di dunia ini.



22 November 2010

BANGGA MENJADI ANAK MELAKA

Malam tadi nenek kebayan meronda-ronda di sekitar Bandar Melaka bersama suami.
Walaupun kami tinggal kat Melaka, tapi nenek kebayan jarang keluar berjalan-jalan. 
Seronoknya, malam ini nenek kebayan dapat melihat panaroma Negeri Melaka di waktu malam.
Selama ini nenek kebayan sibuk dengan kerja. 
Walaupun besok nenek kebayan terpaksa ke sekolah kerana besok hari pertama pelajar di sekolah nenek kebayan akan menduduki peperiksaan SPM & STPM.
Sepanjang perjalanan kami di sekitar Bandar Melaka, nenek kebayan merasa teruja dengan pemandangan di waktu malam terutama di sekitar Kg Mortem yang banyak menempatkan penduduk Negeri Melaka keturunan  Portugis.
Apa yang membanggakan nenek kebayan ialah kebersihan Negeri Melaka. Sudah semua negeri di Malaysia telah nenek kebayan lawati, nenek kebayan dapati Negeri Melaka adalah negeri yang paling bersih. Bukan nenek kebayan nak puji negeri sendiri. Tetapi ini adalah kenyataan. Nenek kebayan bangga dengan sikap rakyat Melaka yang prihatin dengan kebersihan. Kesedaran itu datang sendiri dari rakyat Melaka tanpa paksaan. 
Jadi tidak salahlah kalau Negeri Melaka di isytiharkan sebagai Negeri Maju 2010 dan Negeri BandarTeknologi Hijau.
Syabas kepada semua rakyat negeri Melaka!

21 November 2010

Harapan

Cuti sekolah bermula lagi. Kali ni cuti panjang. Walaupun cuti kena pergi kerja juga. Lagipun hari Selasa ini, pelajar di sekolah nenek kebayan akan menduduki peperiksaan SPM & STPM. 
Besok nenek kebayan akan ke sekolah sebab nak siapkan kerja yang masih belum siap. Laporan, Perancangan Strategik, Takwim dan banyak lagi. Masa sekolah hari tu, tak sempat nak siap sebab terlalu banyak program yang perlu dibuat.
Hari ini, nenek kebayan hantar anak ke UNISEL. Pendaftaran semester baru. Anak nenek kebayan yang sulung pun balik ke UiTM Puncak Perdana. Sebab minggu depan, beliau nak ambil jubah untuk majlis konvokesyen. Alhamdullilah, akhirnya beliau dapat juga menghabiskan pengajian di peringkat Ijazah Pertama. 
Sekarang ini, beliau sambung ambil sarjana pula. Nenek kebayan berharap, kejayaan anak nenek kebayan yang sulung ini akan menjadi contoh kepada anak-anak nenek kebayan yang lain.
Walaupun selama ini nenek kebayan dan suami terpaksa bergolok bergadai untuk menyediakan wang pembelajarannya, tetapi kami tak pernah terasa itu satu kesusahan pada kami. Malahan kami berasa amat gembira dan berbangga dengan apa yang telah kami berikan kepada anak-anak kami.  

07 November 2010

KESABARAN

Ketika ini, nenek kebayan berada di dewan sekolah sambil memantau pelajar Tingkatan 3 mengikuti aktiviti program selepas SPM iaitu Program Sepagi Bersama Utusan. Walaupun nenek kebayan sedang menulis blog ini, nenek kebayan masih mendengar apa yang diperkatakan wakil wartawan yang sedang berucap. Harap-harap pelajar nenek kebayan pun dapat banyak pengetahuan dari penceramah hari ini. Nenek kebayan nampak mereka ini agak gelisah kerana cuaca di dalam dewan ini agak panas. Macam cacing kepanasan. Kesian mereka. Nenek kebayan pun tak tahan berada didalam dewan ini dalam jangka masa yang lama.

Apa nak buat, tak ada tempat yang bersesuaian untuk menempatkan mereka. Inilah juga masalah nenek kebayan dan rakan-rakan nenek kebayan Kak Aziah, Mano dan Cikgu Yusof. Di sinilah kami ditempatkan sementara menunggu tempat baru kami yang entah bila akan siap.Macam menunggu buah tak gugur. Stress kami dibuatnya.Semasa nenek kebayan nak masuk dewan tadi, nenek kebayan terdengar seorang pelajar merungut dengan rakannya, "Jauh lagi dah terasa bahang panasnya." Lalu nenek kebayan mencelah, "Oklah tu, macam masuk SPA".

Tak tahulah berapa lama pelajar-pelajar boleh bertahan berada di dalam dewan ini. Apa-apa pun bersabarlah, 2 minggu lagi cuti sekolah dan program akan tamat.

24 September 2010

TERIMAKASIH BUAT SEMUA

Terima kasih buat semua yang mengingati dan mengucapkan Selamat Harilahir kepada nenek kebayan.
Sudah bertambah setahun umur nenek kebayan bermakna nenek kebayan dah semakin tua.
Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan dan memberi hidayahNya buat nenek kebayan dan keluarga. Dengan bertambahnya umur nenek kebayan ini, juga diharapkan keimanan dan ketakwaan nenek kebayan juga akan bertambah.

20 September 2010

SELAMAT BERJAYA

Hari ini Alysha menduduki peperiksaan UPSR . 
Doa mak buat Alysha, buat yang terbaik.
Mak doakan semoga Alysha berjaya dengan cemerlang. 
Keep in mind that we always be with you 
and 
We love you so much.

Dari mak, ayah, kak long, kak ngah dan  kak chik.

ShoutMix chat widget
[close]