07 June 2011

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Setiap manusia ada angan-angan, impian dan cita-cita. Setiap satu mempunyai kelainan maksudnya. Adakah kesemuanya itu akan  tercapai. Untuk mencapainya bukanlah satu perkara yang mudah. Perlukan kekuatan fizikal dan mental yang mantap.  

Hari ini nenek kebayan terlihat satu paparan di dalam You Tube, "Korean Got Talent". Begitu teruja nenek kebayan melihatkan seorang remaja lelaki yang tinggal di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun dan ketika umur 5 tahun beliau lari dari rumah tersebut kerana dibuli oleh rakan-rakan. Sejak itu beliau hanya tidur di tangga-tangga atau di tandas awam. Walaupun tanpa mempunyai pengetahuan asas tentang muzik, remaja ini berjaya memperlihatkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan sentiasa berlatih sendiri dan mempunyai keazaman untuk menyanyi dengan baik.





Apa yang nenek kebayan ingin  perkatakan di sini, adalah anak-anak lihatlah, jangan jadikan kekurangan yang ada pada diri anak-anak sebagai batu penghalang untuk berjaya. Jangan persoalkan keluarga anak-anak miskin maka anak-anak tidak boleh berjaya. Ada yang jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk berhenti sekolah atau tidak dapat meneruskan pengajian. Seperti kata perpatah, "Hendak seribu daya tak nak seribu dalih". 

Anak-anak, ingatlah kalau nak mencapai impian atau cita-cita, perlukan pergorbanan yang cukup besar dalam diri anak-anak semua. Jangan patah semangat, teruskan berusaha hingga angan-angan, impian dan cita-cita anak-anak menjadi kenyataan.

1 comment:

Cik Hujan. said...

Akak akan cuba buat yang terbaik untuk Makku cinta :) I love you so much Makku cinta :D


ShoutMix chat widget
[close]